Kredit foto: Instagram Daniel Fong

Drama bersiri terbaru 'Bintang', yang menampilkan pelakon utama Daniel Fong dan Ruhainies, bakal menemui penonton mulai 6 April 2023 di saluran TV3.

   

bintang episod

Bersamaan dengan itu, drama ini juga disertakan dalam Kempen Seindah Kasih yang diadakan oleh Media Prima Berhad (MPB) sempena bulan Ramadan 2023.

Selain daripada 'Bintang', turut disajikan beberapa drama menarik seperti Melur Untuk Firdaus 2, Jaga Aku Selamanya, Bukan Puteri Lindungan Bulan, Sekali Aku Bahagia, Kerasnya Takdir dan Misteri Flat Kirana.

Biodata Daniel Fong

Nama sebenar: Daniel Fong Weng Chuan

Nama komersial: Daniel Fong

Umur: 30 tahun (2023)

Tarikh lahir: 8 Disember 1993

Tempat lahir / Asal: Kuala Lumpur

Bangsa: Cina

Agama: Buddha

Ketinggian: 182 sentimeter (cm)

Keluarga: Tiada adik beradik lain. Beliau merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

Pendidikan: Ijazah dalam bidang Ekonomi daripada Monash University di Australia

Kerjaya: Pelakon, Penyanyi, Model, Atlet

Instagram (IG): @danielfongwc

   

Latar Belakang

1. Setelah menamatkan pengajiannya di Melbourne, Australia selama dua tahun, Daniel pulang ke Malaysia dan pada mulanya bekerja sebagai ejen insurans, sambil lakonan diambil sebagai kerjaya separuh masa.

   

daniel fong instagram

2. Apabila melihat peningkatan positif dalam kerjaya lakonannya, beliau mula meninggalkan pekerjaan lamanya.

pelakon drama bintang

3. Pada permulaan penglibatannya dalam dunia seni, dia banyak terlibat dalam iklan komersial sebelum mendapat peluang berlakon dalam drama cina. Selama kariernya, dia telah memainkan watak utama dan pembantu dalam lebih daripada 10 buah drama cina.

   

daniel fong drama 213

4. Antara drama dan telefilem yang menampilkan persembahan lakonannya termasuklah Do You Love Me Captain, Legenda Puteri Qaseh, Derhaka Cinta Jebat, Bella Bila Cinta Bersatu, Mualaf Ekspress, IMperfect, Wish List Raya, Delima, Nafas, May I Love You dan May I Love You 2.

daniel fong height

5. Berkaitan dengan penglibatan dalam bidang nyanyian, beliau telah merekodkan single solo berjudul Sing Me Home pada tahun 2018 yang menampilkan pelakon Ruhainies sebagai model dalam muzik video itu.

6. Beliau juga pernah mempertandingkan bakatnya dalam pertandingan Super Idol4 yang berlangsung di China pada September 2018 sebagai seorang wakil dari Malaysia.

   

drama bintang

   

7. Terkini, beliau akan bergandingan dengan Ruhainies dalam siri drama terbaru 'Bintang' yang bakal disiarkan di saluran TV3 bermula 6 April 2023 untuk slot Lestary. Drama itu turut menggabungkan beberapa pelakon popular seperti Siti Hariesa, Keith Foo dan Haidar Hasanudin.

Fakta Menarik

1. Berdarah campuran Cina-Mongolia.

2. Di Instagram, melalui akaun @danielfongwc, Daniel sudah mempunyai 59,400 pengikut.

3. Seorang peminat tegar dalam bidang kecergasan dan juga memegang gelaran sebagai jurulatih 'cross-fit'.

4. Mengaku kurang fasih dalam berbahasa Melayu kerana lebih sering menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi.

5. Menginspirasikan kejayaan rakan artis yang berbangsa Cina seperti Sean Lee dan Alvin Chong dalam usaha memasuki pasaran Melayu.

6. Berpegang kepada prinsip profesionalisme dalam melakonkan pelbagai jenis watak lakonan, termasuk menjayakan watak seorang mualaf.

7. Antara aktiviti nyanyiannya yang popular adalah menyanyikan lagu-lagu cover, menerusi antaranya lagu Pematah Hati (bersama Nabila Razali) dan Belaian Jiwa.

8. Pernah tular di platform TikTok pada tahun 2023 disebabkan oleh salah satu babak yang dimainkannya dalam drama Legenda Puteri Qaseh. Komen-komen daripada netizen memuji wajahnya mirip dengan anak Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen atau lebih dikenali sebagai Prince Mateen.

9. Hubungannya dengan kekasih yang seorang doktor bermula pada usianya 21 tahun, terlerai pada tahun 2022 selepas tujuh tahun bercinta, akibat tidak sehaluan.

10. Pada tahun 2023, Daniel membuat keputusan untuk mencuba amalan berpuasa semasa bulan Ramadan sebagai cabaran peribadi yang disokong oleh rakan artis seperti Dr Soo Wincci dan Ruhainies.

      

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bintang (Slot Lestary TV3)

      

Gambar

daniel fong malaysia

daniel fong wikipedia

daniel fong

daniel fong agama

daniel fong tinggi

daniel fong age

Daniel bakal menjadi pelakon utama dalam drama bersiri Bintang (naskhah bukan adaptasi novel) yang akan ditayangkan di saluran TV3.

    

*Info Ringkas Daniel Fong (Actor)

Umur / age - 30 tahun (2023)

Tinggi / height - 182 cm

Instagram - @danielfongwc

        

Kredit foto: Instagram Daniel Fong

Video

Kredit video: Pematah Hati - Nabila Razali & Daniel Fong ( Malay Chinese Version )

   

Sumber:

1. Daniel Fong teruja dapat jadi hero

2. Daniel tak serik bercinta

3. Pertama kali puasa, Daniel Fong bersemangat sahut cabaran selepas dapat sokongan Soo Wincci dan Ruhainies

4. Daniel Fong




Hakcipta iluminasi.com (2017)