Oleh pada 15 Apr 2017 kategori

Minda yang sihat merupakan anugerah yang tidak ternilai yang dimiliki oleh setiap manusia. Mindalah yang memberi kewarasan berfikir dan bertindak yang membantu manusia untuk hidup lebih lama dan membuat keputusan. Namun disebabkan bahan kimia buatan manusia, minda yang sihat akan terjejas kerana risiko untuk otak manusia tidak berfungsi seperti yang dikehendaki sentiasa wujud. Dan bahan-bahan kimia ini selalunya terdapat di dalam makanan atau minuman harian kita ataupun pada bahan-bahan yang digunakan setiap hari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dibawah ini terdapat beberapa toksik yang merbahaya untuk fungsi otak atau minda yang kebiasaanya digunakan setiap hari.

Fluorida

Fluorida selalunya terdapat pada ubat gigi yang digunakan dan terdapat juga pada air minuman. Menurut kajian "The Fluoride Action Network(FAN)", fluorida dikaitkan dengan tahap IQ yang rendah, walaupun dengan kuantiti sedikit seperti yang terdapat pada air minuman. Menurut FAN lagi, terdapat 34 kajian yang mengaitkan tahap IQ rendah ini, yang menguatkan lagi kajian FAN ini tentang tahap IQ manusia boleh terjejas dengan penggunaan fluorida. Terdapat juga kajian lain yang mengaitkan fluorida dengan kemerosotan ingatan, kerosakan otak kandungan atau fetus  dan juga perubahan fungsi tindakan otak.

Satu kajian oleh UNICEF menunjukkan tahap IQ seseorang manusia boleh menurun dengan hanya 0.88mg/l fluorida.

Salah satu cara bagi menghilangkan fluorida adalah dengan memasang penapis air yang berkualiti tinggi yang mempunyai fungsi penapis fluorida.

fluorida di dalam air

Pemanis Tiruan

Pemanis tiruan tercipta kerana terdapatnya permintaan untuk zero-calorie bagi produk pemanis. Ia dijumpai di dalam air bikarbonat, yogurt, gula-gula getah, sos masakan dan kebanyakan produk sugar-free.

Aspartame adalah kombinasi beberapa bahan kimia seperti asid aspartik, methanol dan phenylalanine dan saintis meletakkan bahan-bahan ini dalam kategori toksik. Apabila Aspartame ini diurai di dalam tubuh manusia, ia akan menghasilkan sebatian kimia yang boleh menyebabkan kanser otak.

Terdapat beberapa simptom yang telah direkodkan disebabkan penggunaan aspartame antaranya kebimbangan melampau, masalah pertuturan, depresi atau stress dan juga migrain.

Masyarakat dinasihatkan agar mengelakkan penggunaan pemanis tiruan dengan sentiasa memeriksa bahan-bahan kandungan setiap barang yang dibeli.

aspartame

Monosodium Glutamate (MSG)

MSG adalah sebatian kimia berasaskan garam yang ditambah di dalam makanan untuk menaikkan perasa makanan. Ia digunakan pertama kali di dalam kem tentera bagi menambah rasa makanan namun telah dibawa kedalam industri makanan.

Dr.Blaylock, seorang pakar bedah neuron dan mempunyai pengalaman di dalam excitotoxins seperti MSG, telah menjumpai kesan buruk tersembunyi kepada otak yang jika digunakan secara berpanjangan boleh menyebabkan penyakit Alzheimer, Parkinson dan penyakit lain yabg berkait dengan otak.

Cara paling terbaik untuk mengelak penyakit tersebut adalah mengelak daripada mengambil makanan proses seperti daging burger, sosej, french fries dan sebagainya. Selain itu, dinasihatkan agar meneliti kandungan setiap produk sebelum membeli kerana sekarang ini kebanyakan produk mengandungi MSG.

msg




Hakcipta iluminasi.com (2017)