Oleh pada 04 Mar 2017 kategori

Suri rumah selalu rasa kusut memikirkan nak buang kat mana minyak masak yang dah tak boleh pakai. Dahlah minyak tak boleh digunakan berulang kali. Sekali dua goreng je lepas tu kena buang. Tapi nak tuang dalam sinki, takut tersumbat. Nak kumpul dalam tong banyak-banyak, lepas tu nak buang kat mana?

minyak terpakai boleh direcycle menjadi biodiesel untuk lebih mesra alam 676

Tahukah anda, minyak masak terpakai itu sebenarnya suatu bentuk komoditi yang anda boleh jana pendapatan sampingan? Satu program usaha sama antara Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan Yayasan CIMB membolehkan orang ramai menjual minyak masak terpakai mereka pada harga RM1 bagi setiap kilogram.

Minyak masak terpakai yang dibeli itu kemudiannya akan melalui suatu proses yang dinamakan 'transesterifikasi' yang akan menukarkan minyak itu menjadi biodiesel yang boleh digunakan untuk kenderaan berat seperti lori, bas dan jentera. Proses menukarkan minyak menjadi biodiesel ini dibantu oleh campuran bahan lain seperti methanol dan faktor mangkin yang lain.

minyak terpakai dimasukkan ke dalam mesin khas untuk diproses menjadi biodiesel

Foto kredit: Harian Metro

Untuk menghasilkan 100 liter biodiesel, tempoh yang diperlukan adalah selama enam jam. Namun, proses ini hanya dibuat seminggu sekali kerana bekalan minyak masak terpakai yang terhad dan tidak mencukupi. Ini disebabkan bekalan hanya didapati daripada kakitangan dalaman sahaja dan orang ramai secara umumnya masih belum menyedari kewujudan kempen ini.

proses menghasilkan biodiesel

Prof Dr Mohd Ali Hassan dari Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul UPM menyeru orang ramai supaya mula mengumpulkan minyak masak yang telah digunakan untuk dihantar ke mana-mana tiga lokasi pusat pengumpulan minyak terpakai di UPM iaitu di Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul (FBSB) dan Loji Pandu Biokompos di Kompleks Biorefinery.

Cetusan idea memproses biodiesel ini datang dari negara matahari terbit. Prof Dr Mohd Ali pernah melawat sebuah bandar di Izuka, Jepun di mana komuniti bekerjasama menghantar minyak masak terpakai ke pusat-pusat pengumpulan. Selain menjadi pendapatan sampingan penduduk setempat, proses ini amat mesra alam kerana kenderaan berat menggunakan biodiesel.

orang jepun dah lama mengitarsemula minyak terpakai untuk dijadikan biodiesel

Jadi, apa anda tunggu lagi. Kalau dah bertong-tong minyak bekas menggoreng ada di rumah anda, jom ke UPM sekarang. Ajak ahli keluarga dan sahabat handai semua. Buat duit dengan bahan terbuang.


tags : , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)