Setiap ibu bapa mempunyai kaedah dan pendekatan tersendiri dalam membesarkan anak-anak. Menurut ibu bapa, mereka lah yang paling berhak dalam menentukan bagaimana untuk mencorakkan anak-anak. Lagipun, itu kan anak mereka.

Namun, perlu diketahui bahawa terdapat beberapa cara dan aspek yang dapat memberikan impak negatif terhadap tumbesaran mental dan emosi anak-anak. Walaupun anda berasakan cara anda itu betul, anda perlu fikir kesan terhadap anak-anak terlebih dahulu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin berkongsi 8 tanda-tanda bahawa anda merupakan ibu bapa yang toksik kepada anak-anak yang boleh memudaratkan mereka tanpa anda sedari.

1. Memenuhi impian anda melalui anak anda

doktor 275

Perkara ini sangat kerap berlaku. Ya, anak anda adalah milik anda, namun, hidup mereka bukan lah hak anda. Ketika anda membesarkan anak anda, mereka mempunyai identiti dan minat sendiri. Walau apa sekalipun yang anda ingin lakukan atau capai, anda tak patut gunakan anak anda sebagai medium untuk mendapatkannya.

Jika cita-cita anda adalah menjadi seorang doktor, namun tak tercapai, anda sesekali tidak sepatutnya memaksa anak anda untuk menjadi seorang doktor, lebih-lebih lagi jika mereka menunjukkan minat terhadap perkara lain. Tak salah kalau nak pupuk minat, tetapi jangan sampai ke tahap memaksa. 

Perkara terbaik yang anda boleh buat adalah biar mereka mencari minat dan galakkan mereka ke arahnya. Anda juga tak suka jika ibu bapa anda memaksa anda mengejar sesuatu yang anda tak suka.

2. Buat lawak yang menyakitkan hati

Mungkin anda tak sedar bahawa anda sudah lama menjadi ibu bapa, sehingga perangai anda bersama kawan-kawan terbawa-bawa hingga ke rumah. Amatlah penting untuk anda mengetahui jenis-jenis lawak yang patut atau tidak digunakan bersama anak-anak. 

Lawak anda bersama rakan-rakan anda tidak sesuai untuk anak anda, lebih-lebih lagi jika lawak-lawak itu menyakat dan merendahkan anak-anak anda. Ia akan memberikan impak negatif yang boleh membuatkan mereka hilang keyakinan diri.

3. Kerap menyalahkan anak-anak

salahkan anak

Tak perlu anda mendera anak-anak anda secara fizikal, hanya dengan mendera mereka secara emosi dan mental juga membuatkan anda tergolong dalam golongan ibu bapa toksik. Ibu bapa seperti ini tidak mahu menerima kesalahan mereka dan untuk melepaskan diri mereka daripada kesalahan, mereka menjadikan anak-anak sebagai mangsa.

Jika anda menerangkan sesuatu tindakan negatif dengan menyalahkan anak-anak, anda perlu muhasabah diri dan berfikir lebih matang.

4. Pertanggungjawabkan anak anda terhadap kebahagiaan anda

gembira dengan anak

Jangan meletakkan tanggungjawab terhadap kegembiraan dan kebahagiaan anda ke atas bahu anak-anak anda, sebaliknya anda yang perlu bertanggungjawab ke atas kebahagiaan mereka. Sememangnya sesebuah pasangan akan berasa gembira dengan kurniaan anak-anak, tetapi anda sendiri yang perlu membahagiakan mereka.

Di umur yang masih muda dan kecil, mereka masih tercari-cari apa yang membuatkan mereka gembira, marah, sedih dan sebagainya. Anda sebagai ibu bapa perlu memberikan persekitaran yang selamat kepada mereka tanpa menambahkan tekanan terhadap kebahagiaan anda.

Jika mereka mengecewakan anda, seperti gagal dalam ujian, anda perlu meniliti masalah itu dengan cara yang berhemah, mungkin dengan memberikan lebih masa dalam mengajar mereka atau mencari apa yang diminati oleh anak anda supaya mereka lebih berjaya.

6. Mengawal anak anda dengan wang ringgit

Jika anda tak mahu menggunakan cara ini dalam menjalani sesebuah hubungan romantis bersama pasangan anda, anda juga tak patut melakukannya terhadap anak-anak anda. Mereka juga mempunyai perasaan sama seperti orang lain.

Jika anda membelanjakan wang untuk anak-anak dalam bentuk hadiah atau ganjaran, ia tidak sepatutnnya menjadi sesuatu yang anda akan ungkit. Jangan sesekali menggunakan wang atau benda untuk mendapatkan penghormatan dan kasih sayang daripada anak anda.

5. Memberikan "silent treatment" kepada anak

ibu bapa toksik merosakkan anak

Tindakan memberikan "silent treatment" kepada anak-anak sebagai respon jika berlaku perbezaan pendapat adalah sangat kebudak-budakan. Ia mungkin membuahkan hasil jika ianya dilakukan terhadap pasangan anda, namun tidak kepada anak-anak. Anda tidak patut mempunyai ego terhadap anak-anak. 

Ada sebab mengapa anda digelar ibu bapa dan mereka digelar anak. Jika kedua-duanya berfikiran kebudak-budakan, siapa yang akan akan mengemudi keluarga anda? Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk mengajar anak-anak mengenai nilai berkomunikasi yang baik.

Cara yang terbaik untuk mengajar, adalah dengan menjadi contoh kepada mereka.

7. Menindakkan hak anak untuk meluahkan perasaan dan emosi

crying child

Tak kiralah sama kita, manusia, kecil atau dewasa, amat penting bagi kita untuk meluahkan perasaan kita. Ia dapat membuatkan minda dan hati kita menjadi lebih tenang dan tenteram. Ia akan menjadi sesuatu yang memudaratkan kepada kesihatan mental anak anda jika anda tidak memberikan peluang atau terlalu sibuk untuk mendengar luahan mereka. 

Ramai ibu bapa mengganggap apa yang hendak diluahkan oleh anak-anak adalah sesuatu yang remeh. Ya, mungkin bagi orang dewasa ianya remeh, tetapi bagi mereka, ia memberikan kesan yang amat dalam. Jadi, sesibuk atau seletih mana pun anda, dengarlah apa sahaja yang hendak diluahkan mereka, dan galakka mereka untuk lebih meluahkan apa saja yang terbuku dalam hati.

8. Gagal memberikan persekitaran yang sihat 

kasih sayang tak berbelah bagi

Walaupun terdapat ibu bapa yang suka menggunakan pendekatan "tough love" dalam membesarkan anak-anak mereka, ia agak kurang dipersetujui oleh ibu bapa lain. Ia sebenarnya tidak salah, cuma perlu melihatkan situasi. Mungkin anda berasakan dengan cara itu dapat membuatkan anak-anak anda lebih berdikari, namun ia juga boleh membuatkan mereka sukar dalam membina hubungan yang rapat dengan anda dan orang lain pada masa hadapan.

Untuk mengelakkan mereka menghadapi masalah demikian, mereka sendiri perlu menerima kasih sayang tak berbelah bahagi sejak dari rumah lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)