Sebahagian besar daripada kita mesti pernah menginap di hotel sama ada untuk bercuti atau datang atas dasar kerja. Tidak kira sama ada anda tidur di hotel bajet atau hotel yang lebih ekslusif, biasanya kelengkapan asas seperti  selimut, tuala, sabun dan syampu turut disediakan.

Sudah tentulah hotel yang lebih mahal menyediakan lebih banyak kemudahan bagi pelanggannya antaranya penggosok baju, pengering rambut, cerek memasak air, dan sebagainya.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan sememangnya ada segelintir daripada kita gemar membawa pulang botol sabun, syampu dan beberapa barangan lain daripada hotel tersebut sebagai  momento hadiah kenang-kenangan. Lagipun, kebiasannya sabun dan syampu tersebut biasanya akan dibuang dan diganti dengan baru untuk  penginap seterusnya?

Pernahkah anda tertanya-tanya, sebenarnya adakah kita dibenarkan atau tidak untuk mengambil barang-barang di hotel? Kalau setakat sabun, syampu, ubat dan berus gigi, mungkin ramai yang mengambilnya kerana kosnya juga tidak terlalu mahal dan biasanya akan dibuang dan diganti dengan yang baru untuk penginap seterusnya.

Tapi, jangan terkejut ada juga penginap di hotel yang gemar mengambil barangan yang lebih mahal contohnya tuala, alas kaki, cawan dan banyak lagi. Jadi, berbalik pada persoalan di atas - apa sebenarnya barangan yang boleh diambil oleh pelanggan dan apa barangan yang tidak boleh diambil oleh mereka?

Barangan yang boleh diambil

1. Sabun

sabun hotel

Jika terdapat satu barangan wajib ada di kebanyakan hotel di dalam bilik mereka, ia adalah sabun. Dan menurut Ousman Conteh, pengurus besar di Claridge House Chicago, sabun dalam botol mini ini boleh diambil dari bilik hotel anda. Selalunya hotel menerima harga murah  yang dirundingkan untuk barangan daripada jenama lain.

Walau bagaimanapun, Curt Asmussen, pengarah urusan Obie Hospitality, menyatakan bahawa tidak digalakkan untuk mengambil barang-barang ini - tetapi tetamu tidak akan didenda dalam apa jua cara jika mereka melakukannya. 

2. Syampu atau perapi

syampu hotel

Sama seperti sabun mini yang dissediakan di bilik mandi, syampu dan perapi saiz mini juga sesuai untuk diambil dari bilik hotel anda. Hotel kadangkala meletakkan jenama mereka pada barangan ini jadi apabila penginap mengambil, secara tidak langsung membantu hotel membuat pemasaran.

Benar, ramai yang mengambil sabun, syampu dan perapi rambut kerana saiznya yang kecil memudahkan kita untuk membawanya apabila berjalan-jalan. 

3. Barangan komplimentari

barang komplimentari hotel

Barangan komplimentari percuma ini boleh termasuk perkara seperti beg cucian kering, kopi, krimer, paket gula dan seumpamanya. Penginap gemar mengambil barangan ini kerana mereka boleh menggunakannya apabila berjalan-jalan dan dapat berjimat apabila membuat minuman 3-in-1 yang diambil daripada hotel.

Ada juga hotel yang menyediakan makanan dan minuman percuma, contohnya air tin dan snek. Namun, anda perlu memastikan makanan dan minuman tersebut diberi percuma kerana anda hotel yang mengenakan caj untuk setiap makanan dan minuman yang diletakkan dalam bilik anda.

4. Kertas dan pen

pen kertas hotel

Kedua barangan ini biasanya mempunyai logo hotel padanya dan sememangnya berfungsi sebagai bahan pemasaran hotel. Jadi, kebiasaannya anda boleh mengambil kedua-dua barangan ini. Ada juga sesetengah individu gemar mengumpul koleksi pen dari hotel-hotel yang pernah diinap.

Barangan yang TIDAK BOLEH diambil

1. Cadar, tuala, bantal dan linen

tuala hotel

Cadar, tuala dan linen lain sememangnya sesuatu yang anda tidak patut ambil dari bilik hotel. Matlamat hotel adalah untuk menyediakan bilik yang sesuai untuk tetamu seterusnya. 

Adakah satu tuala yang hilang akan menyebabkan Hilton tidak beroperasi? Tidak, tetapi kecurian barangan berharga seperti ini akan menyebabkan inventori hotel semakin berkurangan seterusnya menyukarkan kakitangan hotel untuk melakukan tugas mereka.

2. Barang elektronik dan elektrik

tablet 337

Selain kemudahan televisyen, sesetengah hotel yang lebih mewah turut menyediakan kemudahan seperti tablet untuk kegunaan tetamu mereka. Sudah tentulah barangan-barangan elektronik sebegini tidak murah harganya dan tetamu dilarang keras untuk membawa keluar atau mengambil terus kemudahan elektronik ini.

Sesetengah hotel turut menyediakan seterika dan pengering rambut di setiap bilik. Barang-barang sebegini juga tidak boleh sama sekali dibawa balik oleh tetamu.

3. Jubah mandi

jubah baju

Sesetengah hotel mewah turut menyediakan jubah mandi untuk para tetamu. Jubah baju yang sangat selesa ini adalah antara barangan popular yang biasanya diambil dan dibawa balik oleh segelintir tetamu namun sebenarnya diharamkan untuk di bawa balik.

Namun, sekiranya anda mahukan selipar bilik yang disediakan, itu tidak menjadi masalah kerana selipar tersebut biasanya hanya untuk sekali penggunaan sahaja - biasanya akan dibuang setelah anda mendaftar keluar dari hotel. 

4. Penyangkut baju, cawan

penyangkut baju

Ini merupakan antara kemudahan asas yang biasanya disediakan di setiap bilik di hotel. Tidak kira berapa pun harganya, barang-barang ini tidak boleh dibawa balik oleh para tetamu.

Di sesetengah hotel, terdapat senarai harga setiap barangan yang terdapat dalam sesebuah bilik itu. Tujuan harga tersebut dipaparkan adalah untuk memberi tahu setiap barangan dalam senarai tersebut tidak boleh diambil namun sekiranya anda menggemari barang tersebut (misalnya tuala dan bantal), and boleh membelinya.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)