iluminasi bandar pelancongan merbahaya dunia6

Dengan kemudahan penerbangan tambang murah dan sistem penerbangan yang semakin hari semakin menghampiri slogan "kini semua orang boleh terbang," sudah menjadi satu kebiasaan untuk mendengar rakyat negara kita melancong ke luar negara. Terdengar juga desas desus di London dan di Hanoi, orang Malaysia amat mudah dijumpai.

Walau bagaimanapun, masih kedengaran bermacam khabar angin berkenaan bahaya melancong tanpa mengambil kira aspek tempat yang ingin dikunjungi. Kita tidak mahu percutian yang sepatutnya bermula dengan gembira berakhir dengan kisah duka. Berikut adalah senarai 5 tempat paling merbahaya di dunia untuk seorang pelancong. Kami berharap agar panduan ini dapat membantu anda merancang percutian anda.

1. Cape Town, Afrika Selatan

iluminasi bandar pelancongan merbahaya dunia

Cape Town mempunyai kebudayaan yang unik hasil gabungan budaya barat dan budaya Afrika. Walaupun begitu, Cape Town mempunyai beberapa sempadan yang amat berbeza tahap keselamatannya. Di satu sudut, keadaannya selamat dan di satu sudut lain, menjadi sarang penagihan dadah, pelacuran dan pencuri yang menunggu mangsa. Didorong oleh faktor kemiskinan yang tinggi, kadar jenayah di Cape Town meningkat saban tahun.

Di satu bahagian yang dinamakan City Bowl, anda dinasihatkan untuk mengelakkan pengemis kanak-kanak yang akan menjaja pelbagai kisah kesedihan. Mereka bertindak dalam kumpulan dan kesemuanya hanya mensasarkan satu saja- barangan berharga anda.

2. Caracas, Venezuela

iluminasi bandar pelancongan merbahaya dunia2

Pada ketika ini, selepas berlakunya ketidak stabilan kerajaan atas penurunan harga minyak, Caracas seolah hilang sistem kehidupan yang bertindak mengawal penduduknya. Terdapat kekurangan bekalan makanan, air, ubat, elektrik dan juga barangan lain sehingga menyebabkan kejadian ganas dan rompakan berlaku kerap.

Dilabelkan sebagai berada dalam tahap kritikal kerana jenayah berleluasa seperti pembunuhan, penculikan, pengedaran dadah serta ancaman wabak penyakit, Caracas adalah salah satu destinasi yang perlu anda elakkan ketika ini.

3. Detroit, Michigan

iluminasi bandar pelancongan merbahaya dunia3

Detroit dilaporkan mempunyai kadar kemiskinan paling tinggi di Amerika Syarikat, 58.51 kes dalam 1000 penduduk. Menurut kajian, Detroit adalah negeri yang mempunyai jumlah penduduk paling bermasalah stres dan juga mempunyai kadar perceraian paling tinggi.

Tidak hairanlah dengan situasi yang tidak berapa membantu, kadar jenayah di Detroit kekal berada pada tahap yang sangat tinggi.

4. Karachi, Pakistan

iluminasi bandar pelancongan merbahaya dunia4

Bandar ketujuh paling besar di dunia dan menempatkan hampir 15 juta orang penduduk, Karachi amat berbeza dengan satu lagi bandar terkenal Pakistan iaitu Islamabad. Dengan ancaman jenayah yang berleluasa, golongan pencuri yang bekerja dalam kumpulan amat kerap dijumpai berkeliaran mencari mangsa. Dinasihatkan agar tidak keluar pada waktu malam di beberapa kawasan yang terkenal sebagai sarang jenayah seperti Nazimabad dan Gulshan.

5. San Pedro Sula, Honduras

iluminasi bandar pelancongan merbahaya dunia5

Digelarkan sebagai Bandar Paling Ganas di Dunia, San Pedro Sula mempunyai kadar pembunuhan 173 daripada 100 ribu penduduk, membuatkan San Pedro menjadi bandar yang mempunyai statistik kes bunuh tertinggi di dunia yang tidak terlibat dalam peperangan.

Honduras mempunyai jumlah penduduk hanya seramai 8 juta orang dan kes bunuh berlaku setiap hari dengan purata 20 kes tetapi apabila difokuskan pada San Pedro Sula, ceritanya bertukar menjadi lebih ekstrim. Pengedaran dadah, pergaduhan kongsi gelap, rusuhan politik dan perebutan tanah kerap berlaku, tidak dibantu dengan anggota keselamatan yang dikatakan korup dari atas hingga ke bawah.

Salah seorang penduduk di situ berkata yang manusia dibunuh setiap hari macam manusia menembak ayam.




Walaupun kita selalu mengkritik pentadbiran negara kita, tetapi jika dibandingkan bagaimana sebuah masyarakat mampu jatuh hingga menjadi satu komuniti yang sudah seolah-olah hilang akal, kita seharusnya bersyukur juga keamanan di negara kita masih lagi terpelihara.

Sama-sama lah kita berdoa agar apa yang kita ada sekarang dapat dikekalkan sehinggalah kita dapat wariskan kepada generasi-generasi akan datang.


tags : , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)