Oleh pada 18 Jun 2017 kategori

terlalu obses

Gigi putih berseri memang idaman semua lapisan umur. Siapa yang tak mahukan gigi yang putih, lebih yakin untuk senyum dan berhadapan dengan orang ramai. Dan ramai yang beranggapan dengan menggosok gigi dengan kerap dan bersungguh-sungguh boleh membuatkan impian gigi putih berseri itu tercapai. Hakikatnya, tidak.

gigi rosak

Tidak dinafikan memberus gigi dengan kerap adalah sangat penting untuk kesihatan gigi dan juga gusi. Namun, pakar-pakar memberi amaran bahawa ianya boleh memberi kemudaratan jika dilakukan dengan berlebihan. Memberus gigi dengan berlebihan boleh menyebabkan kepada gigi yang sensitif dan penyusutan pada gusi.

gigi rosak 1nf76

Mereka yang terdedah untuk menyebabkan kerosakan pada gigi atau gusi adalah mereka yang sangat mementingkan kebersihan gigi dan mulut, oleh itu mereka terlalu kerap dan memberus gigi dengan kuat, dengan harapan tekanan yang diberikan ketika memberus akan dapat membersihkan gigi mereka dengan lebih baik. Namun hakikatnya adalah sebaliknya kerana ia merosakkan gigi dan gusi. Selain itu, mereka yang menggunakan berus gigi berbulu sederhana atau keras juga mempunyai risiko ini.

advanced periodontal disease

Apabila anda memberus gigi dengan berlebihan, ia akan menyebabkan enamel pada gigi semakin surut. Selain itu, ia juga akan menekan permukaan gusi sekaligus mendedahkan bahagian akar yang sensitif. Masalah gigi seperti penyakit gusi (periodontal disease) dan kaviti pada akar gigi boleh disebabkan oleh penyusutan gusi akibat memberus gigi secara berlebihan. Masalah-masalah ini akan menyebabkan anda memerlukan rawatan seperti rawatan saluran akar serta mencabut gigi. 10 hingga 20 peratus daripada populasi manusia dilaporkan oleh Wall Street Journal mengalami kerosakan pada gigi atau gusi disebabkan oleh memberus gigi berlebihan.

berus gigi 647

Bagi mereka yang ingin membuang plak pada gigi, caranya bukanlah dengan memberus gigi dengan tekanan yang kuat. Menurut Kevin Sheu, seorang pakar bedah gigi, plak adalah sangat lembut dan ia boleh dibuang dengan kain dengan hanya menggosok, dan jika anda boleh mencapai dimana sahaja ia berada. "Apa yang anda perlu lakukan untuk menyingkirkan plak adalah dengan menggosok dengan penuh teliti, bukannya dengan memberus secara kuat dan kasar. Anda tak akan dapat apa-apa kebaikan jika memberus dengan kasar," tambahnya lagi.

Bagi menjaga kesihatan gigi dan gusi anda, jumpalah dengan pakar pergigian mengenai kekerasan bulu pada berus gigi yang sesuai dengan anda, serta menukar tabiat memberus gigi juga dapat membuatkan gigi dan gusi anda daripada menjadi lebih teruk.

img 20170618 061957


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)