Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

    

Siapa tak kenal dengan selebriti popular, Ayda Jebat? Beliau mencipta nama sebagai penyanyi dan pelakon dalam bidang hiburan.

Pemilik nama Nur Suhada binti Jebat ini dilahirkan pada 17 Mac 1992 dan kini berusia 28 tahun.

Beliau dibesarkan sebagai anak sulung daripada empat orang adik-beradik dalam keluarganya yang mana beliau mempunyai dua orang adik perempuan dan seorang adik lelaki.

Ayda berada di bawah jagaan ibunya selepas kedua orang tuanya bercerai.

Bakat anak kelahiran Ayer Keroh, Melaka ini mula dikesan menerusi program realiti Akademi Fantasia musim kesembilan sebelum menyinar sebagai seorang pelakon dalam drama Rindu Awak 200% pada tahun 2014.

Namanya juga mendapat perhatian ramai selepas berlakon dalam beberapa filem popular iaitu Gila-Gila Remaja 2, Oh Mak Kau, Transformers: Age of Extinction, Moana dan Pinjamkan Hatiku yang meraih pujian ramai.

Untuk lebih info mengenai Ayda, anda boleh baca: Biodata Ayda Jebat, Penyanyi Lagu Temberang

      

ayda jebat

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

    

Begitupun Ayda pernah mengimbau zaman kenangan remajanya menerusi media sosial Instagram untuk mendekati para peminat.

Menariknya dalam kiriman berkenaan, beliau telah memuat naik sekeping gambar ketika zaman persekolahannya di usia 15 tahun yang mana mungkin bakal membuka mata ramai!

Jom intai foto Ayda yang kelihatan cantik walaupun sebelum bergelar selebriti ini.

    

ayda jebat dulu

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

    

Sumber berita:

1. Gambar Ayda Jebat Masa Sekolah Tingkatan 3 Buat Ramai Jatuh Cinta

2. Wikipedia Ayda Jebat

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)