Kredit foto: Instagram Fina Jebat

     

Nur Syafinaz Jebat atau nama komersialnya, Fina Jebat merupakan penyanyi kelahiran pertandingan realiti nyanyian popular, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9).

Kakaknya, Ayda Jebat merupakan antara penyanyi dan pelakon yang sedang mencipta nama masa kini.

    

Biodata

  • Nama sebenarnya, Nur Syafinaz binti Jebat.
  • Menggunakan nama pentas, Fina Jebat.
  • Kelahiran negeri Melaka.
  • Berumur 27 tahun (2020).
  • Mempunyai empat orang adik beradik. Tiga daripadanya adalah perempuan dan seorang lagi lelaki.
  • Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2011 sebagai penyanyi yang memperjuangkan genre muzik pop.
  • Bakatnya dikesan daripada program realiti, Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) pada 2011 yang meletakkannya di kedudukan ketiga sewaktu peringkat akhir. AF9 antara lain melahirkan penyanyi Hazama, Ayda Jebat dan Amir Jahari.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @shafynajebat sehingga kini mencatatkan lebih 37,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Lebih mesra disapa sebagai Fina.
  • Seawal kemunculan dalam dunia seni, beliau lebih dikenali sebagai 'Fina AF9'.
  • Kakak sulungnya, Nur Suhada Jebat atau Ayda Jebat turut bergiat dalam bidang seni suara dan lakonan.
  • Namanya diperkenalkan kepada umum dalam dunia hiburan menerusi lagu single debutnya yang berjudul Menangis Lagi, ciptaan Edrie Hashim yang juga dipersembahkannya buat julung kali di konsert akhir AF9.
  • Ingin mencipta nama tanpa dipengaruhi populariti kakaknya.
  • Kedua ibu bapanya sudah bercerai.
  • Selain aktif menerima undangan persembahan pentas, beliau kini memegang peranan sebagai penyanyi residen di Hard Rock Cafe, Melaka.

      

Baca: Kahwin Datuk Zainal Abidin Hassan, Ini 10 Fakta Isterinya, Penyanyi Fyna Jebat, Adik Kepada Ayda Jebat - Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: 10 Foto Adik Ayda Jebat Yang Terlajak Cantik!

   

Foto

fina jebat 663

adik ayda jebat 784

adik beradik ayda jebat 958

wikipedia fina jebat 469

instagram fina jebat 890

Kredit foto: Instagram Fina Jebat

    

Video

Kredit video: Konsert AF9 Minggu 4 - Fina

     

Sumber:

1. Fina Jebat tak cemburu pencapaian kakak

2. Hazama Juara AF9

3. Wikipedia Ayda Jebat

4. Wikipedia Akademi Fantasia Musim 9

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)