Oleh pada 20 Apr 2017 kategori

status doktor sudah masuk kad pengenalan boy iman 1

Kredit foto: Utusan Online


Sebelum ini, timbulnya kontroversi kononnya gelaran Datuk yang diterima oleh pelakon Boy Iman adalah gelaran yang dibeli daripada kerabat Naning.

Dakwaan tersebut khabarnya timbul kerana pendapat sesetengah pihak yang mengatakan hanya Yang Dipertua Negeri sahaja mempunyai hak mengurniakan sebarang darjah kebesaran.

Tidak cukup dengan itu, Boy turut dikecam selepas menerima status Doktor Falsafah akhir tahun lalu kerana didakwa gelaran tersebut adalah palsu dan majlis konvokesyen yang tak ubah seperti sebuah majlis di tadika.

Tidak mudah melatah, Boy tampil menjawab soalan salah seorang pengikutnya di Instagram yang meragui status yang dimilikinya.

Menurut Boy, dia sebenarnya telah dianugerahkan tiga gelaran Datuk iaitu dari Naning, Perak dan terbaharu dari Pahang.


status doktor sudah masuk kad pengenalan boy iman 2

Kredit foto: Mynewshub.cc 

“Lama dah dapat dari Naning dan Perak. Dari Pahang baru dapat,” jawab Boy ringkas kepada soalan tersebut.

Malah Boy turut menegaskan status Doktornya adalah sah dari sisi undang-undang dan telahpun dimasukkan ke dalam kad pengenalan. 

Datuk saya sah dan saya dapat dari Pahang. Manakala status Doktor saya pula sudah dimasukkan ke dalam kad pengenalan saya. Kad pengenalan berstatus Doktor ini pun dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, bukan suka-suka boleh letak macam itu.

Sumber: Media Hiburan

Dalam pada itu beliau mengakui adakalanya sebagai insan biasa, sering berbuat silap dan tidak mampu memuaskan hati semua pihak. 

Sebenarnya saya pun seorang manusia biasa saja. Kadang tanpa saya sendiri sedar benda yang saya lalukan rupanya salah, perkara itu orang tidak suka. Tapi saya tak boleh nak puaskan semua hati orang. Kadang-kadang banyak juga kontroversi yang berlaku pada diri saya. Antaranya gelaran Datuk saya ambil dari Naning dan pernah juga dikaitkan dengan kakak kepada Emma Maembong, Effa. Ketika itu pula saya ada masalah rumah tangga.

Sumber: Media Hiburan 


status doktor sudah masuk kad pengenalan boy iman 3

Kredit foto: Mynewshub.cc



tags : , , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)