Kredit foto: Instagram Watie Hanifiah , Instagram Shuib Sepahtu

       

Siapa Watie Hanifiah? Watie Hanifiah adalah isteri kepada pelawak dan ahli perniagaan terkenal, Shuib Sepahtu, yang juga dikenali sebagai usahawan dan kerap berkongsi kandungan di media sosialnya, Instagram. Pernikahan mereka dijalankan pada 23 Jun 2023 melalui majlis yang diadakan, selepas mereka bertunang pada 6 Mei 2023 di kediaman keluarga Watie di Shah Alam.

       

Biodata Dan Latar Belakang

Nama penuh: Fati Nikmatul Adawiyah binti Hanifiah

Nama komersial: Watie Hanifiah

Umur: 35 tahun (2023)

Tarikh lahir: 8 Februari 1988

Tempat lahir / Asal: Perak

Keluarga: Enam orang adik beradik

Kerjaya: Usahawan, Personaliti Media Sosial

Instagram (IG): @iamwatie

       

Fakta Menarik

1. Rata-rata netizen berpendapat bahawa beliau memiliki persamaan dengan arwah Siti Sarah Raissuddin dalam pelbagai aspek, sama ada ketika menyanyi, gaya ketawanya dan sifat manjanya yang mirip dengan bekas isteri Shuib yang terdahulu itu.

2. Ada wargamaya yang menganggap dan mendakwa beliau sebagai seorang janda yang sudah mempunyai seorang anak, namun kenyataannya beliau seorang anak dara yang belum berkahwin sebelum ini.

3. Beliau adalah adik-beradik kepada instafamous Intan Hanifiah. Beliau merujuk keluarganya dengan gelaran "The Hanifiahs".

4. Beliau mempunyai seorang kakak OKU (Orang Kurang Upaya) yang tidak dapat berjalan sejak lahir. Beliaulah yang bertanggungjawab menguruskan kakaknya itu sehari-hari.

5. Sementara, bapa Watie iaitu Haji Hanifiah bin Haji Kamat telah meninggal dunia pada 25 Disember 2015.

6. Kediaman keluarganya terletak di Shah Alam.

7. Difahamkan bahawa Watie mempunyai sebuah bisnes kafe makanan di Kuala Lumpur yang diberi nama 'Krupp Krupp by The Hanifiahs'. Kafe ini menawarkan hidangan-hidangan seperti Pisang Goreng Cheese, Laksa Ketagih, Tauhu Begedil dan banyak lagi menu yang membangkitkan selera.

8. Watie memulakan perjalanan hijrahnya dan mengenakan tudung sebagai sebahagian daripada penampilan imejnya pada 8 Februari 2022 sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34.

9. Khabar tentang ikatan cinta antara Watie dan pelawak serta ahli perniagaan, Shuib, mula menular selepas peminat melihat mereka sering muncul bersama dan berpakaian sedondon ketika menghadiri beberapa konsert. Keakraban hubungan mereka semakin jelas apabila mereka tampil bersama-sama di konsert penyanyi Lah Ahmad pada Januari 2023 yang lalu.

10. Selain itu, perhatian peminat tertuju kepada hantaran foto Instagram Shuib yang menunjukkan beliau berada di sebuah restoran mewah bersama anak-anaknya. Foto itu menjadi perhatian apabila terdapat pantulan imej seorang wanita yang dipercayai Watie pada cermin di latar belakang.

11. Shuib mendedahkan bahawa dia meminati personaliti Watie kerana sikap penyayang dan sabar yang ditunjukkan oleh wanita itu, terutamanya apabila bersama anak-anaknya. Sikap itu mirip dengan ciri-ciri Allahyarham isterinya, Siti Sarah. Watie dikatakan mampu menerima Shuib dengan keadaannya yang seadanya serta kekurangannya, sama seperti yang pernah dilakukan oleh arwah isterinya sebelum ini.

12. Beliau berkahwin dengan Shuib pada 23 Jun 2023 menerusi sebuah majlis pernikahan yang diadakan, setelah sebelum itu mereka bertunang pada 6 Mei 2023 di kediaman keluarga Watie di Shah Alam.

       

Baca: Info Penuh Majlis Nikah / Kahwin Shuib Sepahtu Dan Watie Hanifiah

Baca: Bakal Beristerikan Watie Hanifiah, Ini 8 Fakta Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

       

Gambar

watie hanifiah dulu

watie hanifiah janda

watie hanifiah 76

watie hanifiah umur

shuib 9

shuib sepahtu 988

shuib watie 566

watie shuib 78

Ibu dan bapa Watie

isteri shuib 489

watie hanifiah wikipedia

shuib kahwin 999

shuib dan watie

Kredit foto: Instagram Watie Hanifiah , Instagram Shuib Sepahtu

       

Video

Kredit video: EKSKLUSIF!! Pertama Kali Watie Keluar TV, Shuib Dah Minta Maaf?! | MeleTOP | Nabil & Hawa

       

Sumber:

1. Watie penyayang macam Siti Sarah – Shuib

2. [V] “Kalau sorok-sorok orang marah” - Kehadiran Watie takdir ditentukan, Shuib rancang bawa hubungan ke fasa seterusnya

3. Shuib, Watie nikah Jun depan

4. Instagram Watie Hanifiah

       




Hakcipta iluminasi.com (2017)