Pelawak Shuib Sepahtu kini boleh berbangga dengan pencapaiannya yang bukan sahaja menempa nama dalam bidang seni hiburan, malahan juga berjaya sebagai seorang ahli perniagaan.

Sejak sekian lama penglibatan dalam industri seni dan keusahawanan, beliau mula menikmati hasil titik peluh sendiri apabila kerja kerasnya membuahkan pulangan lumayan.

Shuib membina keluarga menerusi perkahwinan bersama penyanyi Siti Sarah Raissuddin pada 26 Februari 2011. Hasil penyatuan hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, serta Ayash Affan yang dilahirkan pada minggu lalu.

Bagaimanapun Siti Sarah telah meninggal dunia pada 9 Ogos lalu akibat wabak Covid-19.

Kami harapkan Shuib tabah dan reda dengan pemergian isteri tercintanya itu.

Berikut dikongsikan 10 fakta menarik mengenai pelawak sohor ini yang ramai di kalangan para peminatnya tidak tahu.

bubble bee 427

  

Biodata: 10 Fakta Shuib Sepahtu, Suami Siti Sarah Raisuddin

1. Pemilik nama sebenar Shahmira bin Muhamad ini dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Dia merupakan anak tunggal dalam keluarga dan tidak mempunyai adik beradik lain.

ibu shuib

Berswafoto bersama ibunya, Salamiah Jalani.

2. Dia dibesarkan di Batu Lima, Parit Buntar, Perak selama 17 tahun dan tinggal bersama arwah datuk dan neneknya.

shuib 383

Perniagaan madu kendaliannya, Bubblebee membawa nama beliau sebagai penerima beberapa anugerah.

3. Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kurau dan Sekolah Menengah Teknik Kerian di Bagan Serai, Perak.

sarah raisuddin 4

     

4. Membesar dalam kehidupan yang susah, rumah papannya hanya mempunyai satu bilik tidur dan tidak menerima bekalan air dan elektrik.

shuib ig

    

5. Ketika zaman remaja, dia jarang menghadiri persekolahan kerana sering mengambil upah membuat kerja-kerja di kampung.

shuib siti sarah

Akaun Instagram (IG) @shuibsepahtu mempunyai lebih 4.7 juta pengikut.

6. Di usia 17 tahun, dia tidak mempunyai sebarang kenderaan melainkan hanya sebuah basikal.

7. Sewaktu umur 18 tahun kematian neneknya menjadi antara momen paling sedih kerana hubungan mereka yang sangat akrab ketika Shuib membesar.

shuib sepahtu 392

    

8. Pernah bekerja dalam sektor perkilangan dengan gaji tertinggi sekitar RM1200 sebulan.

9. Pernah menyertai sesi ujibakat program realiti nyanyian, Akademi Fantasia (AF) musim keempat selepas melihat kejayaan kenalannya, Asmawi Ani atau Mawi merangkul gelaran juara di musim terdahulu.

Shuib bertemu Jep di lokasi ujibakat berkenaan sebelum sama-sama menubuhkan kumpulan Sepah bersama Mamat, sebagai persiapan menghadapi ujibakat Raja Lawak Astro musim ketiga.

bumblebee shuib

    

10. Di awal karier seni, dia kerap menukar nama pentas sehinggalah nama 'Shuib' dicadangkan oleh Jep.

Baca: Ini Rupanya Keputusan SPM Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

bubble bee shuib

Shuib pernah merakamkan lagu duet bersama Siti Sarah berjudul Cinta Itu Nyawa.

sarah 186

Mengusahakan syarikat air minuman, Bubble Bee.

siti sarah 284

Kredit foto: Instagram Shuib Sepahtu

Untuk biodata asas Shuib, anda boleh baca artikel: Biodata Dan Latar Belakang Pelawak Shuib Sepahtu

       

Baca: 8 Fakta Shuib Sepahtu Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Biodata Penyanyi Siti Sarah, Anak Raisuddin Hamzah

Baca: 10 Fakta Siti Sarah Raisuddin Yang Ramai Tak Tahu!

Baca: Selepas Meninggal Dunia, Pengurus Dedah Kisah Sebelum Siti Sarah Raisuddin Masuk Hospital.. Rupanya..

Baca: "Berbual Soal Kematian, Arwah Ada Menyebut Keinginan.." - Siti Sarah Meninggal Dunia, Shuib Buka Mulut

Baca: Biodata Jep (Anggota Kumpulan Sepahtu), Suami Pelakon Sari Yanti

    

Kredit video: NI RUMAH AKU SEBELUM RAJA LAWAK

   

Sumber:

1. Instagram Shuib Sepahtu

2. Trek Selebriti Shuib

3. Di Balik Tawa Musim 2 Bersama Shuib




Hakcipta iluminasi.com (2017)