Oleh pada 25 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Sharnaaz Ahmad & Instagram Nam Ron

Sebelum ini, pelakon Nam Ron ada mengatakan Instafamous, Faiz Roslan terpengaruh dengan lakonan 'lelaki lembut' yang dibawakan Sharnaaz Ahmad dalam drama Suamiku Encik Sotong.

Ia susulan tindakan Sharnaaz memarahi Faiz bersama rakan-rakannya yang merakam parodi lagu Yang Syantik dengan berpakaian wanita serta menggayakan aksi yang didakwa keterlaluan.

Tidak berdiam diri, Sharnaaz menyindir semula 'tweet' Nam Ron dengan mengungkit figura berusia 48 tahun itu juga berjaya mempengaruhi sesetengah golongan lelaki untuk berperwatakan lembut menerusi watak lakonannya dalam filem televisyen Che Pa.

sharnaaz ahmad jawab sindiran nam ron isu instafamous faiz roslan 2

Kredit foto: Twitter Sharnaaz Ahmad

"Tapi tahniah juga atas lakonan berkesan abang jadi penari lembut, dalam tarian klasik kedah, ramai juga terikut jadi lembut. Tahniahlah Nam," tulis Sharnaaz di laman Twitter. 

Begitupun, Nam Ron dilihat turut membalas kenyataan Sharnaaz tetapi dalam tweet ringkas yang berbunyi, "Haha terima kasih."

Untuk rekod, Che Pa arahan sutradara hebat, Sabri Yunus adalah sebuah filem televisyen yang disiarkan di Astro First Eksklusif pada September lalu.

Antara lain menampilkan lakonan Ezany, Amyza Aznan, Allahyarham Yus Jambu, Saidi Sabri dan Putri Hanan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)