Oleh pada 21 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @sharnaazahmad & Instagram @noornabila

     

Pelakon Sharnaaz Ahmad memberitahu anaknya bersama Noor Nabila Mohd Noor, 35, iaitu Jebat Jayden kini sedang berdepan masalah jangkitan saluran kencing.

Mengenai perkahwinan mereka yang sebelum ini dikatakan bergolak, pelakon berusia 34 tahun itu mendedahkan, hubungannya bersama kakak pelakon Neelofa itu kini dalam proses pemulihan.

Masalah kesihatan Jebat pula disifatkannya sebagai aturan Allah dalam mendekatkan hubungan mereka.

      

anak alami masalah kesihatan ini status terkini hubungan sharnaaz ahmad dan nabila 2

Kredit foto: Instagram @sharnaazahmad

       

“Keutamaan sekarang ada satu saja iaitu Jebat. Bagilah 1,000 Nabila pun, saya cuma ada satu Jebat dan saya akan ada dengan anak saya sampai bila-bila. Nabila dan saya pun masing-masing tidak sempurna. Kita tak tahu lagi kesudahan itu bagaimana,” kata Sharnaaz kepada Harian Metro.

Sharnaaz berkata, dia tidak menggembar-gemburkan keadaan kesihatan anaknya kerana terdapat ramai lagi anak kecil yang menderita penyakit lebih serius.

“Apabila doktor memberitahu anak saya menghadapi jangkitan saluran kencing (UTI), kami tidak pasti sangat mengenai penyakit itu. Dalam masa terdekat Jebat akan menjalani pembedahan,” katanya.

Terdahulu, rumah tangga Sharnaaz dan Nabila dikhabarkan bergolak sejak Februari lalu.

Netizen menerusi laman sosial memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar ia kembali pulih seperti sediakala.

Perkahwinan yang dibina pada 31 Mac 2017 itu sehingga kini diserikan kehadiran seorang cahaya mata lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.

       

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)