Oleh pada 09 Dec 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

   

Muzikal Lawak Superstar (MLS) kini kembali untuk musim yang kedua!

Seperti edisi lalu, peserta yang bersaing terdiri daripada barisan pelawak popular yang bakal berganding bahu dengan para selebriti yang datang dari serata cabang seni, antaranya pelakon, penyanyi mahupun personaliti terkenal.

Kali ini sebanyak 14 kumpulan bakal beradu nasib dalam merebut takhta juara, sekaligus melaksanakan pementasan muzikal lawak yang mengetengahkan eleman komedi dan nyanyian dalam sebuah persembahan.

Bakal menghangatkan program adalah barisan juri yang terdiri daripada nama-nama besar yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan!

Mereka yang dimaksudkan adalah penyanyi lagenda rock tersohor, Dato’ Awie yang mana beliau turut dibantu aktres cantik rupawan, Fazura serta aktor hangat, Zul Ariffin.

Pentas program realiti itu menemukan Nabil Ahmad dan Elly Mazlein sebagai pasangan pengacara.

Untuk maklumat berkaitan format penjurian, hadiah dan info penuh rancangan, anda boleh baca artikel: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

Bersiaran secara langsung mulai 18 Disember 2020, setiap hari Jumaat, jam 9 malam di saluran Astro Warna - dibawakan dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Secara alternatif, program ini turut tersedia di platform digital iaitu menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand, termasuk saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Tanpa membuang masa lagi, jom semak senarai 14 kumpulan yang terpilih dalam edisi MLS kali ini:-

        

Baca: Cara Undi Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

     

UNI - Fad Bocey, Atu Zero, Fakhrul UNIC

muzikal lawak superstar 2020

Baca: Biodata Fad Bocey

Baca: Biodata Fakhrul UNIC

     

J-BORN - Man Raja Lawak, Joey Daud, Khir Rahman

peserta muzikal lawak superstar

Baca: Biodata Man Raja Lawak

    

STAMP - Tapai Gegar Lawak, Che Mat, Syura

muzikal lawak superstar 2019

Baca: Biodata Syura

   

GOJES - Mie Raja Lawak, Tauke Jambu, Keena Mentor

peserta muzikal lawak superstar 2020

Baca: Biodata Tauke Jambu

     

ABC - Chiwan Chilok, Achok Chilok, Cik B

muzikal lawak superstar 2

Baca: Biodata Cik B

    

HEART - Danial Lawak Solo, Ezad Lazim, Azmi Caliph Buskers

muzikal lawak superstar minggu full

Baca: Biodata Danial Lawak Solo

Baca: Biodata Ezad Lazim

Baca: Biodata Azmi Caliph Buskers

        

TERUNA - Ilham Abata, Din Raja Lawak, Johan Asaari

muzikal lawak superstar full

    

ZOMBI - Wan Gegau, Wan XOXO, Ezlynn

muzikal lawak superstar full episod

    

VIRAL - Ali Puteh, Mamak Puteh, Roy Azman

muzikal lawak superstar 2020 minggu

Baca: Biodata Ali Puteh

    

ZUZUZU - Nizam Jentik Jentik, Filzah, Zahid AF

peserta muzikal lawak superstar 2

     

MASHUK - Syuk, Achey Bocey, Mark Adam

muzikal lawak superstar 2020 full

Baca: Biodata Achey Bocey

    

LEKLU - Ewan Lopez Raja Lawak, Jaly Skool of Lawak, Lan Solo

muzikal lawak superstar astro

Baca: Biodata Lan Solo

         

JAGO - Chot XOXO, Yus Skool of Lawak, Fiza Thomas

muzikal lawak superstar 2 minggu

Baca: Biodata Fiza Thomas

    

PUPPET - Sharif Zero, Rul Puppet, Wan Puppet

muzikal lawak superstar 2 full

        

Baca: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)




Hakcipta iluminasi.com (2017)