Oleh pada 21 Jul 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Saluran Astro Warna meneruskan penerbitan program realiti komedi, Muzikal Lawak Superstar musim ke 3 (MLS3).

    

Menggabungkan elemen muzik, lakonan dan komedi yang disampaikan oleh gabungan penyanyi, pelawak, pelakon dan personaliti media sosial, MLS3 hadir dengan tema komedi berunsurkan rumpun Melayu yang menjadi nadi edisi kali ini.

muzikal lawak superstar 925

Kredit foto: Instagram Zon Lawak

Konsep

Musim ketiga menyaksikan persaingan sengit antara 12 kumpulan yang terdiri daripada gabungan pelawak, selebriti dan KOLs di pentas pertandingan komedi muzikal yang diadakan secara mingguan.

Tugasan persembahan adalah berdasarkan lokasi yang mencabar kreativiti peserta untuk menyediakan persembahan dengan apa juga jalan cerita asalkan penceritaan sketsa mereka bersesuaian dengan latar lokasi yang ditetapkan.

   

Pemenang mingguan layak untuk memilih Mystery Reward termasuk pemilihan live props, giliran persembahan, satu star advance dan giliran komen daripada para juri.

Manakala kumpulan yang menduduki kedudukan bottom 3 pula dikehendaki mempersembahkan lagu denda yang ditetapkan.

Juri akan memberi komen dan 'star' (bintang) untuk peserta dengan maksimum lima bintang untuk setiap persembahan.

Kumpulan yang mendapat markah terendah setiap minggu akan disingkirkan.

    

muzikal lawak superstar 3 2022

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Peserta

MLS kali ini tampil berbeza kerana pihak produksi turut membawakan peserta berbakat dari kalangan KOLs atau personaliti media sosial yang turut serta sebagai peserta.

Penganjuran MLS3 turut membuka ruang perkongsian bakat ke peringkat antarabangsa untuk penyertaan bintang komedi dari luar negara iaitu Indonesia dan Jepun.

Untuk senarai penuh nama dan anggota kumpulan yang bersaing, baca artikel berikut: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3) Astro Warna

Baca: Biodata Namie Smy (Kumpulan Ubi), Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022, Personaliti Tiktok

Juri Tetap

Tiga figura terkenal iaitu Dato' Awie, Siti Saleha dan Najip Ali dijemput dalam setiap episod untuk menduduki kerusi juri tetap bagi mengadili pertandingan dengan ulasan di penghujung persembahan.

muzikal lawak superstar 2022 minggu 730

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Format Penjurian

Format pemarkahan adalah 50% di tangan juri profesional, manakala 50% lagi pemarkahan adalah berdasarkan undian yang diberikan oleh penonton secara dalam talian.

Berdasarkan jumlah tersebut, peserta yang mendapat markah terendah setiap minggu akan disingkirkan.

Format pemarkahan peringkat akhir pula adalah 75% markah daripada juri tetap digabungkan dengan 25% undian penonton.

Baca: Keputusan Mingguan Markah Peserta Muzikal Lawak Superstar 2022 (Musim 3)

Cara Undi

Setiap pengundi akan menerima 20 kredit untuk mengundi dari Sabtu hingga Khamis. Manakala 50 kredit lagi akan diberikan pada hari Jumaat. Undian boleh dilakukan di laman web rasmi www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

   

Hadiah

Hadiah wang tunai RM150,000 menanti juara di peringkat akhir, diikuti RM75,000 untuk naib juara dan RM50,000 untuk pemenang tempat ketiga.

Manakala finalis di kedudukan keempat akan membawa pulang wang tunai bernilai RM25,000.

Kesemua mereka juga akan dikurniakan trofi.

Penaja

Penerbitan ‘MLS3’ disokong oleh Oppo yang muncul sebagai Penaja Utama.

   

Pengacara

Pengacara serba boleh, Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengendalikan pentas 'Muzikal Lawak Superstar' sebagai hos utama, bersama pengacara baharu yang akan didedahkan secara eksklusif pada konsert pertama nanti.

MLS3 Live+ turut menampilkan pasangan hos Jiggy dan Elly Arifin yang bersiaran secara digital di laman sosial Facebook dan YouTube Astro Gempak.

Pengarah Muzik

Shah Nizam atau dikenali sebagai Shah Slam menggalas peranan sebagai Pengarah Muzik dan akan membantu persembahan mingguan peserta dengan mengiringi mereka secara 'live'.

peserta muzikal lawak superstar 2022 360

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Waktu Siaran

Muzikal Lawak Superstar musim ke 3 (MLS3) akan disiarkan selama 10 minggu berturut-turut, ditayangkan secara langsung dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil untuk Astro Warna (saluran 107) setiap hari Jumaat, pukul 9 malam bermula 22 Julai 2022.

Tontonan online untuk pilihan yang lebih fleksibel, MLS3 boleh diakses melalui aplikasi Astro Go dan perkhidmatan 'on demand' melalui Astro Box.

Untuk pengisian di platform digital, tonton MLS3 Live+ secara eksklusif di halaman Facebook dan saluran YouTube Astro Gempak yang dijadualkan setiap Jumaat jam 8.30 malam.

Baca: Senarai Peserta Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

Baca: Info Penuh Program Muzikal Lawak Superstar 2020 (Musim 2)

Kredit video: Sidang Media Muzikal Lawak Superstar 3, Barisan Peserta, Juri Tetap & Hos • LIVE




Hakcipta iluminasi.com (2017)