Kredit foto: Wedlocx.co

Selebriti terkenal, Neelofa, mendedahkan sikap sebenar pendakwah bebas, Haris Ismail yang berjaya menambat hatinya.

Pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor, 32, itu berkata, suaminya yang terkenal sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz, merupakan seorang yang sangat baik, malah berperwatakan lemah lembut dan berfikiran matang.

"Apabila berbual dengannya, saya boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa," katanya seperti dilaporkan BH Online.

Neelofa menyifatkan suaminya itu sebagai seorang pendengar yang baik dan sentiasa menghulurkan bantuan sekiranya dia berdepan masalah.

"Dia juga pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran dan masalah," katanya.

Baca: Info Penuh Majlis Nikah / Kahwin Neelofa Dan PU Riz (Haris Ismail)

Baca: Selepas Kahwin, Akhirnya Neelofa Dedah Detik Awal Perkenalan Dengan PU Riz

Baca: Biodata Neelofa

Baca: Biodata PU Riz, Suami Neelofa

Baca: Biodata Noor Nabila, Kakak Neelofa

Baca: Biodata Noor Kartini, Ibu Neelofa

Baca: Biodata Ameera Khan, Adik Neelofa

Baca: Biodata Athisha Khan, Adik Neelofa

Baca: Biodata Faliq Khan, Adik Lelaki Neelofa

Baca: Biodata Penyanyi Qalisha Ray, Sepupu Neelofa

Baca: Biodata Chef Adamdidam, Sepupu Neelofa

Baca: Akhirnya Noor Nabila Dedah Detik Awal Perkenalan Dengan Engku Emran

     

neelofa nikah 355

Kredit foto: Instagram Neelofa

   

Sebentar tadi, Neelofa sah menjadi isteri kepada pendakwah bebas berumur 26 tahun itu, dinikahkan dengan sekali lafaz oleh adik kandung Neelofa, Mohd Aqief Mohd Noor di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur pada jam 11.43 pagi.

Majlis perkahwinan yang berlandaskan rutin norma baharu, ala kayangan bertemakan putih itu dimeriahkan dengan kehadiran 200 orang tetamu yang terdiri daripada anggota keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua belah pihak.

noor neelofa 298

neelofa 799

neelofa haris 262

umur neelofa 376

neelofa pu riz 3

pu riz 441

haris 820

pu riz neelofa 483

Kredit foto: Instagram Neelofa & Instagram PU Riz

Sumber berita: Neelofa sah milik PU Riz

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)