Oleh pada 05 Dec 2019 kategori

Kredit foto: Instagram Neelofa

   

Neelofa menepis dakwaan bakal mendirikan rumah tangga susulan pengundurannya daripada mengacarakan program hiburan Meletop bersama pelawak Nabil Ahmad.

Pengacara yang juga usahawan itu menjelaskan keputusan itu dibuat kerana ingin mengembangkan jenama produknya di Indonesia pada tahun hadapan.

"Saya boleh tepis dakwaan gosip kahwin sebab tahun hadapan akan menjadi sibuk untuk saya. Bulan Februari, Naelofa akan membuat penjenamaan semula.

"Nak pergi minggu fesyen, nak lebarkan sayap di Indonesia dan macam-macam lagi la. Tapi apa-apa pun, jadual saya sudah disusun dengan baik," katanya kepada portal Mstar.

Terdahulu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berusia 30 tahun itu mengumumkan bakal mengundurkan diri daripada program infotainment terbitan Astro berkenaan yang dikemudinya sejak lapan tahun lalu.

Pelakon Red Velvet itu menjelaskan punca keputusan tersebut dibuat kerana beliau terikat dengan rancangan lain dalam kerjaya.

Sementara itu, beliau meluahkan rasa gementar membabitkan komitmen membawa jenamanya di Indonesia kelak.

Neelofa berkata, dia mengambil masa yang lama untuk mempertimbangkan keputusan terbabit.

   

meletop 757

Kredit foto: Instagram Neelofa

   

"Saya bukan menetap terus di Indonesia, tetapi akan berulang-alik sahaja. Segala urusan dan jadual saya pada tahun hadapan sudah dirancang dengan baik.

"Sebenarnya nak ke sana itu sangat susah sebab itu saya agak gementar. Saya memikirkan tentang perkara ini pun dah lama.

"Memang saya ambil masa untuk fikir betul-betul dan mampu atau tidak saya nak lebarkan sayap di sana," kata pemilik empayar tudung itu.

   

Sumber berita: Bukan sebab nak kahwin tapi jadual terlalu sibuk, Neelofa bakal bawa jenamanya ke Indonesia

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)