Oleh pada 17 Apr 2017 kategori

Kredit foto: becauseimaddicted.net (gambar sekadar hiasan)

Ramai diantara kita yang tidak begitu mengambil peduli tentang makanan yang hendak disimpan di dalam peti sejuk. Namun, sedar atau tidak bukan semua makanan sebenarnya sesuai. Bahkan, ada sesetengah daripadanya boleh mengundang bahaya kerana kualiti bahan makanan tersebut boleh rosak dan terjejas. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

1.    Bawang

Kalau peti ais anda sentiasa berbau dan anda sedang mencari-cari apa puncanya, mungkin ia disebabkan bawang yang anda simpan. Bau bawang sememangnya amat kuat lebih-lebih lagi yang telah dipotong atau dihiris. Selepas ini, simpan bawang dalam bekas sebelum menutupnya untuk disimpan di rak dapur.

2.    Ubi kentang

Amalan menyimpan ubi kentang di dalam peti sejuk tidak baik untuk kesihatan. Ini adalah kerana kanji yang terdapat dalam kentang tersebut akan ditukar kepada gula yang juga menjadikannya tidak segar dan kurang sedap apabila dimakan. Ubi kentang seeloknya disimpan di tempat kering bagi memastikan kualitinya sentiasa terjaga.

3.    Sos

Sos yang disimpan di dalam peti ais menjadikannya pekat dan sukar untuk dituang semasa hendak digunakan. Malah, ia turut menjejaskan keaslian rasanya. Maka, sos sebaiknya disimpan pada suhu bilik dan pastikan penutup botolnya ditutup rapat.

4.    Roti

Ramai yang menyimpan roti di dalam peti sejuk bagi membuatnya tahan lebih lama. Di sebalik kebenaran itu, tekstur roti akan bertukar menjadi keras dan kurang enak sewaktu dimakan. Malah, roti tersebut akan bercampur dengan bau makanan lain yang pastinya buat anda pening kepala.

5.    Makanan dalam tin

Makanan tin yang masih berbaki hendaklah dikeluarkan daripada bekasnya terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Lebih elok sekiranya makanan tersebut disimpan di dalam bekas plastik atau kaca yang berpenutup. Jika tidak, dikhuatiri makanan itu akan bertindak balas dengan logam tin tersebut.

6.     Makanan panas

Makanan yang panas memang tidak elok disimpan dalam peti ais. Ini kerana ia menghalang pertambahan kelembapan serta mengekalkan suhu peti ais. Untuk pengetahuan, perubahan suhu di dalam peti sejuk anda mampu menjejaskan kualiti dan kesegaran makanan lain.

7.    Rempah ratus

Elakkan menyimpan rempah ratus seperti ketumbar, jintan manis, lada hitam dan lain-lain di dalam peti ais. Bukan sahaja teksturnya akan berubah, malah ianya turut menyebabkan peti sejuk anda berbau herba. Sebaliknya, sudah memadai diletakkan pada suhu bilik sahaja.

8.    Mentega

Apabila disimpan di dalam peti sejuk, tekstur mentega akan mengeras. Keadaan ini pastinya menyulitkan apabila anda hendak menggunakan mentega tersebut. Justeru, ia sepatutnya disimpan dalam bekas berpenutup pada suhu bilik.

9.    Madu

Berbeza dengan roti, madu tidak mempunyai tarikh luput maka ianya tidak perlu disimpan dalam peti ais untuk tahan lama. Biarpun elok untuk diletakkan dalam suhu bilik, sila pastikan ianya tidak disimpan di tempat yang terdedah dengan haba bagi menjaga rasa dan kualitinya.

10.    Bahan bukan makanan

Kalau anda bukan salah seorang daripadanya, jangan pula terkejut. Memang benar, ada segelintir yang menyimpan barangan seperti kosmetik dan bunga segar di dalam peti ais. Jika ada rakan atau keluarga anda yang melakukannya, segeralah menyuruh mereka berhenti kerana bahan makanan yang tercemar sememangnya berbahaya. 

Rujukan : News Australia




Hakcipta iluminasi.com (2017)