Oleh pada 31 Mar 2023 kategori

Puding trifle merupakan sebuah hidangan pencuci mulut yang sesuai dibuat ketika bulan Ramadhan. Bagi memastikan kastard tidak terlalu keras, anda perlu mengikut sukatan yang betul.

Jika tiada pilihan, serbuk agar-agar juga boleh digunakan untuk menggantikan serbuk kristal jeli. Namun, ia perlu dilembutkan sedikit kerana akan menjadi keras seperti agar-agar.

Puding Trifle

Kredit foto kedua: SN Bahiyyah (Gambar menggunakan resepi sama)

A

Bahan-bahan:

  • Kek bahulu gulung (swiss roll cake) - perasa pandan
  • Buah-buahan campuran (1 tin) - pemilik resepi guna jenama Hosen

Cara-cara:

  1. Potong kek bahulu gulung anggaran 1-2 inci dan masukkan dalam bekas.
  2. Tapis buah-buahan xampuran. Ambil air dan renjis-renjis atas kek. Asingkan buah.

B

Bahan-bahan:

  • Susu cair (1 tin)
  • Air (1 tin susu)
  • Gula (4-5 sudu besar)
  • Garam (secubit)
  • Kastard (4 sudu besar)

Cara-cara:

  1. Masukkan semua dalam periuk. Kacau sebati dan buka api. Masak sehingga likat dan meletup-letup.
  2. Tuang kastard yang sudah siap ke atas bahan A tadi.
  3. Ambil buah-buahan campuran tadi dan letak atas lapisan kastard.

C

Bahan-bahan: 

  • Serbuk kristal jeli (1 kotak) - jenama Nona (perasa strawberi)
  • Air (400ml)

Masak ikut arahan di belakang kotak.

Cara-cara:

Tuang adunan jeli ke atas lapisan kastard dan buah-buahan campuran tadi. Siap. Boleh sejukkan.

7

Bahan-bahan yang diperlukan. Pemilik resepi buat dalam kuantiti banyak untuk jualan. Untuk makan sendiri, guna serba satu sahaja.

Cara penyediaan bergambar:

cara membuat puding trifle

  1. Mula-mula potong kek dan masukkan dalam bekas. Renjiskan air buah yang sudah ditoskan.
  2. Masak kastard mengikut sukatan. Setelah siap, cepat-cepat masukkan ke dalam bekas kerana ia cepat keras.
  3. Kemudian, letakkan buah-buahan yang sudah ditoskan.
  4. Akhir sekali, masukkan jeli.
  5. Sudah boleh masukkan dalam peti ais untuk dimakan sejuk-sejuk.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi: Norashikin Ismail [1, 2]

Sumber informasi: Halimatun Saadiah [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)