Oleh pada 04 Mar 2023 kategori

Bagi mengelakkan pembaziran, lebihan doh donat red velvet boleh dibuat ala-ala roti bulan sabit (croissant) dengan meletakkan coklat urai (chocolate rice) di dalamnya. Bakar menggunakan suhu 180° sehingga masak selama 15-20 minit.

Jangan letak terlalu banyak coklat urai supaya tidak meleleh kerana ia mencair selepas dibakar. Untuk donat pula, resepi ini dapat menghasilkan sebanyak lebih kurang 10-12 biji.

Donat Red Velvet

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Yis segera (1 sudu besar)
  • Gula (1 sudu besar)
  • Serbuk penaik (1 sudu kecil)
  • Emulco red velvet (1 sudu besar)
  • Serbuk koko (1 sudu besar)
  • Air suam (3/4 cawan)
  • Garam (secubit)
  • Marjerin (1 sudu besar)

Cara-cara membuat:

  1. Satukan semua bahan dalam bekas kecuali marjerin.
  2. Gaul dan uli sampai sebati.
  3. Masukkan marjerin dan terus uli sampai licin. Perap selama 30-60 minit. Bentukkan menjadi donat menggunakan acuan atau tangan.
  4. Perap lagi selama 20-30 minit.
  5. Goreng dalam minyak panas menggunakan api perlahan. Siap untuk dihidang.

donat dan croissant red velvet

 

Resepi Bonus: Kuih Penyaram/Kuih Jawa/Kuih Topi Red Velvet

kuih penyaram red velvet resized

Bahan-bahan:

  • Tepung gandum (2 cawan) - pemilik resepi menggunakan jenama Cap Sauh
  • Tepung beras (setengah cawan) - pemilik resepi menggunakan jenama Cap Tiga Gajah
  • Tepung pulut (setengah cawan) - pemilik resepi menggunakan jenama Erawan Brand
  • Gula apong (1 cawan) - jika tiada, boleh gunakan gula pasir
  • Air (1 setengah cawan)

Gunakan cawan yang sama untuk sukatan kesemua bahan di atas

  • Emulco red velvet (1 sudu makan)

Nota: Jika mahu buat dalam kuantiti yang banyak, gandakan sahaja bahan-bahan.

Cara penyediaan:

  1. Masukkan kesemua bahan, kecuali emulco red velvet. Gaul sehingga betul-betul sebati atau tidak berketul. Juga boleh guna pengisar. Kisar selama 5 minit atau sehingga adunan sudah sebati.
  2. Tapis adunan tadi menggunakan penapis tepung. Masukkan emulco red velvet. Kacau lagi sehingga sebati dan adunan mengeluarkan buih. Setelah keluar buih, baru berhenti kacau. Perap selama 4-5 jam atau lebih baik semalaman.

Tips semasa menggoreng:

  • Kacau terlebih dahulu adunan yang telah diperap.
  • Gunakan kuali kecil atau kuali melengkung.
  • Minyak jangan terlalu banyak atau sedikit.
  • Gunakan api kecil dari mula sehingga selesai menggoreng. Pastikan anda guna api kecil sahaja.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1.  Khairunnisa Mohammad [1, 2]

2. Ezraa La [1, 2]

Sumber informasi: Yuslina Yus [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)