Kita sedia maklum bahawa Korea Utara merupakan sebuah negara diktator yang menyekat kebebasan rakyatnya. Corak pemerintahan kerajaan di bawah naungan Kim Jong-Un itu amat bertentangan dengan prinsip hak asasi manusia dan membuatkan negara itu mundur seperti masih hidup dalam era 80-an.

Teknologi di negara itu juga amat terhad. Selain menayangkan rancangan televisyen yang penuh dengan propaganda kerajaan, tidak membenarkan rakyat menggunakan telefon, mereka juga menyekat penggunaan Internet di sana.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Pengguna Internet amat sedikit

Boleh dikatakan hampir seluruh kawasan di Malaysia mendapat liputan rangkaian Internet. Semua orang boleh dan mampu menggunakan Internet pada hari ini. Nenek dan datuk di kampung boleh melayari laman Facebook untuk melihat gambar-gambar terbaru cucu. Jiran anda juga mempunyai kedai online yang mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil jualan produk makanan kucing.

Namun, menurut CNN, hanya terdapat sekitar 1,000 sahaja alamat IP di Korea Utara. Kalau mereka dibenarkan membuka akaun Facebook sekalipun, mungkin satu-satunya rakan yang mereka perlu approve adalah Kim Jong-Un sendiri.

2. Penggunaan internet amat terhad

Jika anda membuat carian Google "kucing" di sini, anda akan mendapat berjuta-juta keputusan carian termasuk video Youtube yang menayangkan aksi-aksi kucing comel hinggalah ke iklan produk menghilangkan kutu kucing.

Korea Utara hanya mempunyai intranet yang diperluaskan bergelar "Kwangmyong" yang membawa maksud 'terang/cerah'. Sebelum ini CNN pernah melaporkan yang negara itu mempunyai sekitar 5,500 laman web yang digunakan untuk pendidikan dan mengakses maklumat berkaitan agensi kerajaan. Walau bagaimanapun, GitHub telah membuat pembongkaran bahawa hanya terdapat 28 buah laman web yang boleh diakses di sana dan 10 daripadanya hanyalah laman web offline.

3. Tidak ada Google

Dalam kesemua 28 laman web yang dibenarkan di sana, sudah tentulah Google tidak tersenarai. Satu-satunya laman yang membolehkan rakyat Korea Utara mendapatkan maklumat adalah melalui laman seperti The Korean Central News Agency namun anda boleh lihat dan nilaikan sendiri jenis-jenis maklumat yang dipaparkan:

laman web korea utara sekatan internet

 4. Internet yang sebenarnya hanya boleh diakses oleh orang tertentu sahaja

Rakyat jelata tidak mempunyai akses kepada internet tanpa batasan. Hanya orang-orang tertentu yang benar-benar dipercayai Kim Jong-Un sahaja dibenarkan melayari internet, selain orang asing yang berkunjung ke negara itu. Walau bagaimanapun, mereka masih tertakluk kepada pelbagai sekatan dan peraturan ketat.

Sebelum ini akhbar The Guardian pernah melaporkan kerajaan negara itu menyenaraihitam Instagram selepas beberapa orang memuat naik gambar kebakaran di sebuah hotel. Tidak ada mana-mana saluran TV, radio atau laman web di negara itu yang menceritakan tentang kebakaran tersebut namun ia masih mendapat liputan meluas di seluruh dunia.

5. Ditapis melalui China

Tidak dinafikan internet di seluruh dunia masih boleh diperhatikan. Malah, bos di pejabat anda juga boleh melihat browser history komputer anda tapi setiap pemerhatian itu tidaklah terlalu ekstrem. 

Memandangkan pelayan (server) intranet Kwangmyeong dihoskan di China, maka keseluruhan maklumat perlu melalui tapisan di situ terlebih dahulu sebelum diluluskan. Sebarang berita kurang baik atau berbaur kecaman terhadap Kim Jong-Un mahupun kerajaan Korea Utara akan dibuang.

komputer korea utara internet disekat 293

Pemerintah kuku besi itu terus-menerus mengekang dan memerhatikan apa yang setiap rakyat Korea Utara lakukan. Masyarakat di sana mungkin tidak akan tahu apa erti Wi-Fi akibat ketakutan kerajaan membenarkan penyebaran maklumat secara berleluasa. Sebagaimana Kim Jong-Un mengawal media dan segala benda di sana, begitu jugalah dengan nasib internet yang hanya digunakan sebagai saluran untuk menyebarkan propaganda kerajaan semata-mata.

Rujukan:

1. CNN

2. The Telegraph

3. The Guardian




Hakcipta iluminasi.com (2017)