Ada banyak kisah berkenaan Korea Utara yang kita dengar tetapi tidak dapat diketahui sama ada sahih atau tidak. Kita juga mesti pernah membaca bagaimana wujudnya kawalan kerajaan mereka ke atas rancangan yang diterbitkan di siaran televisyen di sana tetapi kita tidak pernah dapat menonton sendiri apa yang dipertontonkan di televisyen sana.

Kini persoalan anda terjawab.

Sebuah saluran Yotube kelolaan sebuah akaun yang menggunakan nama CIA Meme Warfare Division telah memuatnaik sebuah video berdurasi selama lebih 1 jam yang memaparkan rancangan-rancangan yang disiarkan oleh stesyen televisyen kerajaan Korea Utara.

0:00 - 5:00 - Sepasukan wanita berpakaian seragam melakukan gerakan tarian secara berkumpulan

screenshot

5:00 - 10:30 - Rancangan yang memaparkan kisah sebuah muzium yang menyimpan koleksi alat pengintipan barat

screenshot 880

10:30 - 18:30 - Kisah drama seorang ibu dan anak yang mengalami nasib malang apabila anaknya dibunuh oleh Paderi Kristian

screenshot 518

18:30 - 20:00 - Rancangan berkaitan kisah hidup masyarakat Korea Utara

20:00 - 29:30 - Rancangan dokumentari berkenaan wanita yang terlibat dalam penghasilan fabrik di sebuah kilang

screenshot 58

29:30 - 35:00 - Dokumentari berkaitan perlombongan batu

screenshot 906

35:00 - 37:45 - Video Propaganda Kerajaan

screenshot 783

37:45 - 48:00 - Dokumentari tentang sejarah bumi mengikut kajian Korea Utara

screenshot 420

48:00 - 51:00 - Dua kanak-kanak bermain piano

screenshot 252

51:00 - 54:00 - Kanak-kanak menari dengan kayu

screenshot 850

54:00 - 56:30 - Dua kanak-kanak berduet dengan instrumen masing-masing

56:30 - 58:30 - Sebuah koir yang dianggotai kanak-kanak menyanyi sambil diiringi tiupan harmonika

screenshot 426

58:30 -Anak-anak kecil mempersembahkan rutin tarian yang bertenaga dan bersemangat

screenshot 94

Tak dapat kami bayangkan bagaimana kita masyarakat Malaysia dapat menerima rancangan berbentuk sedemikian hari-hari.
Mau muntah hijau menontonnya. Apatah lagi apabila anda mengetahui jadual rancangan akan ke udara; 8 jam pada satu hari cuti hujung minggu (di Korea Utara wajib bekerja sebanyak 6 hari seminggu 1 hari cuti) dan 3 jam setiap hari bekerja selepas jam 5 petang.

Ada satu jam yang anda sanggup gunakan untuk menonton rancangan-rancangan yang disiarkan ini? Klik sini.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,









/ / /
Hakcipta iluminasi.com (2017)