Oleh pada 15 Sep 2022 kategori

Kredit: Instagram @nabilzira 

 

Melalui sebuah video TikTok hasil perkongsian penyampai radio, Issey Fazlisham, artis serba boleh, Nabil Ahmad dihujani komen positif selepas dilihat sedang membaca Al-Quran di konti radio dirinya bertugas, ERA.

 

Kagum akan penghijrahan yang dilakukan, Issey turut mengambil kesempatan untuk memberikan sokongan buat pengendali segmen 3 Pagi ERA itu menerusi ruangan kapsyen.

 

"Sebab itu aku suka dan minat Nabil punya perjuangan," tulisnya ringkas.

  

 

Merasai bahang kehangatan Gegar Vaganza 9 hujung minggu ini, terdapat cadangan supaya rancangan hiburan nombor satu negara itu menggantikan tempat Nabil setelah hampir sedekad dikemudinya bersama Jihan.

 

"Musim hadapan, beri orang lain jadi pengacara. Biarkan Nabil mencari diri yang hilang," komen seorang penyokong.

  

 

Dalam hal berlainan, meskipun terpaksa menanggung sejumlah kerugian yang besar, peminat kesayangan Nabil mengucapkan rasa syukur atas kesilapannya melihat tarikh tiket konsert penyanyi antarabangsa, Billie Eilish yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.

 

"Allah pelihara dia dan keluarga dari pergi tempat seperti itu," luah seorang lagi pemberi komen.

 

Tahun lalu, memetik laporan Utusan Malaysia, Nabil mengakui dirinya buta Al-Quran sebelum mendekatkan diri dengan jemaah tabligh.

 

Komen Pilihan

nabil gegar vaganza 9

 

"Setiap pekerjaan itu adalah amanah. Dalam amanah, perlu cari keberkatan," tulis seorang pengguna TikTok.

 

Sumber:

1. Forum CARI

2. Tik Tok Issey Fazlisham 

3. Utusan Malaysia 




Hakcipta iluminasi.com (2017)