Kredit foto: Mstar 

Gara-gara menerima gangguan panggilan telefon daripada pemanggil yang tidak dikenali, pelawak Nabil Ahmad mengambil keputusan untuk menukar nombor telefon bimbitnya.

Menurut Nabil, beliau bukanlah mangsa tunggal dalam masalah tersebut, malah beberapa rakan artis turut menerima tempias yang sama.

Nabil mendakwa nombor telefonnya telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab melalui internet.

Bagaimanapun beliau sudahpun mendapatkan nombor telefon baru dan memaklumkan perkara berkenaan kepada semua kliennya dan rakan media.

Ikuti luahan Nabil.

Saya syak nombor telefon saya sudah diketahui umum dan ia disebarkan oleh pihak tertentu di internet sejak beberapa bulan lalu. Saya sayang untuk tukar kerana ia adalah nombor telefon untuk kerja dan semua klien saya tahu nombor ini. Dalam pada itu, saya juga tidak tahan sering menerima panggilan daripada kanak-kanak. Mereka juga masukkan saya dalam grup WhatsApp tertentu, bukan saya sahaja, ada beberapa artis lain termasuk Lisa Surihani juga mengalami perkara sama. Saya sudah hantar mesej kepada semua kenalan saya dan beritahu tentang nombor yang baru ini. Saya harap kerja saya berjalan lancar. Kalau tidak tukar macam-macam gangguan datang terutamanya pada waktu malam.

Sumber: Mstar 




Hakcipta iluminasi.com (2017)