Oleh pada 29 Dec 2018 kategori

           

Lirik

Lagu: Pujaan Hati 

Penyanyi: Adira Suhaimi

Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

Lirik: Arisz Ab Rahman & Ikhwan Fatanna

           

Suatu masa dulu

Ku dibuai keliru

Terlena dengan dosa

            

Kau hadir melengkapi

Segala kekurangan di hati

Yang sejati

           

Biar berjuta halangan

Relaku ku tempuhi

Ku genggam abadi

Demi cinta suci

         

Hanya dirimu

Pujaan hatiku

Hanya padamu

Ku serah cintaku

        

Kau segalanya

Bagi ku terindah

Hingga ke akhirnya

Nafas ini

             

Lahir sebuah mimpi

Dari satu misteri

Dirimu menantiku

          

Andai perit luka ini

Takkan pernah ku peduli

Biarkan aku teruskan menanti

              

Kita pastikan bersama

Yakin dengan takdir Tuhan

Kita kan bahagia 

               

lirik lagu pujaan hati adira 2

            

Info Adira

1. Berumur 27 tahun.

2. Dilahirkan di Ranau, Sabah pada 19 September 1991.

3. Anak bongsu daripada lapan adik-beradik.

4. Mula menyanyi dengan menganggotai kumpulan nasyid sejak di bangku sekolah lagi serta menyertai pelbagai pertandingan nyanyian di Sabah.

5. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2010.

6. Naib juara program realiti Akademi Fantasia musim kelapan.

7. Memperjuangkan muzik bergenre pop.

8. Antara lagu popularnya seperti Ku Ada Kamu, Ilusi, Ombak Rindu (duet bersama Hafiz Suip), Dewi Cinta, Ratuku 2013, Pujaan Hati dan banyak lagi.

9. Mula tampil dengan imej bertudung sejak Ogos 2014.

10. Pemegang trofi Penyanyi Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 pada tahun 2014.

11. Mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih mesra disapa Datuk Red pada 3 Disember 2015 sebelum dikurniakan cahaya mata pertama, Anggrek pada 10 Mac 2017, diikuti Asan pada 9 September 2018. 

           

Kredit:

1. Wikipedia

2. Astro Gempak

3. Instagram Adira Suhaimi




Hakcipta iluminasi.com (2017)