Oleh pada 10 Mar 2019 kategori

Lirik

Lagu: Kisah Cinta Kita

Penyanyi: Hafiz Suip

Komposer: Ikhwan Fatanna & Ayden Ali

Lirik: Dato' A. Aida

        

Kan ku cerita pada semua

Kisah cinta antara kau dan aku

Agar semua tahu

Dan tak akan dekati dirimu

            

Andainya mampu kan ku ukir

Namamu dan namaku di bulan

Agar satu dunia

Melihat restui cinta kita

        

Aku selalu tersenyum

Bayangkan kita hidup berdua

Berjalan berpegangan tangan

Takkan kau lepaskan

            

Tiba waktunya nanti

Kan ku cerita pada dunia

Yang telah kau pun jadi milikku

Buat selamanya

         

Ku pernah rasa

Kau kan pergi

Tinggalkan diriku sendiri

Kan ku seru dunia

Berdoa kau kembali pada diriku

            

Aku selalu tersenyum

Bayangkan kita hidup berdua

Berjalan berpegangan tangan

Takkan kau lepaskan

         

Tiba waktunya nanti

Kan ku cerita pada dunia

Yang telah kau pun jadi milikku

Buat selamanya

             

Kisah cinta kau dan aku

Kekal selamanya

           

Aku selalu tersenyum

Bayangkan kita hidup berdua

Berjalan berpegangan tangan

Takkan kau lepaskan

           

Tiba waktunya nanti

Kan ku cerita pada dunia

Yang telah kau pun jadi milikku

Buat selamanya

        

lirik lagu kisah cinta kita hafiz suip 2

         

Info Hafiz Suip

  • Nama penuhnya, Mohd Hafiz bin Mohd Suip.
  • Merupakan penyanyi dan pelakon.
  • Lahir pada 27 Februari 1990 di Kuching, Sarawak, Malaysia. Kini berusia 29 tahun (2019).
  • Anak sulung daripada tiga beradik.
  • Memperjuangkan bakat seni selepas menjulang takhta juara Akademi Fantasia musim ketujuh.
  • Di ketika ini, beliau sudah mengumpul jumlah pengikut Instagram seramai 700,000 pengikut.
  • Melonjak naik menerusi deretan lagu popular termasuk Awan Nano, Bahagiamnu Deritaku, Muara Hati (duet bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza), Nokath Cinta, Ku Akui, Matahari, Watak, Ombak Rindu (duet bersama Adira), Kisah Cinta Kita dan banyak lagi.
  • Single terkininya hasil sentuhan melodi Ikhwan Fatanna dan Ayden Ali, manakala tulisan lirik oleh Dato' A. Aida, Kisah Cinta Kita telah dilancarkan di laman Youtube pada 18 Februari lalu dan sehingga kini meraih hampir sejuta tontonan.
  • Lagu itu turut dipilih sebagai runut bunyi drama Dia Menantu Rahsia.
  • Hafiz telahpun merangkul 31 trofi anugerah termasuk Anugerah Industri Muzik 2013 untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki).

Kredit:

1. Wikipedia

2. Instagram Hafiz Suip

3. Youtube Nova Music Videos




Hakcipta iluminasi.com (2017)