Oleh pada 19 Aug 2019 kategori

Bagi kebanyakan lelaki, masalah botak boleh menjadi topik yang sangat sensitif kerana mereka mungkin berasakan masalah itu menjadikan mereka kurang menarik dan maskulin.

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa tidak ada sebab untuk mereka berasa sedemikian.

Lelaki botak kerap kali dilihat sebagai lebih yakin, pintar, dan dominan. Mungkin ini antara ciri-ciri yang agak baik untuk menggantikan kepala yang penuh dengan rambut, kan? 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Lelaki botak dianggap lebih dominan secara sosial

lelaki botak dilihatkan lebih kuat

Satu kajian yang dijalankan oleh Profesor Dr. Frank Muscarella dari Barry University menunjukkan bahawa lelaki botak dianggap sebagai lebih dominan dari segi sosial berbanding lelaki lain.

Para penyelidik mendapati bahawa walaupun orang melihat lelaki berambut lebih menarik secara fizikal, lelaki botak lebih cenderung dianggap sebagai orang yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi di mana orang mendakwa bahawa mereka melihat lelaki botak lebih dominan dan unggul, tetapi tidak berasa terancam berbanding lelaki berambut.

Semasa penyelidikan dibuat, Dr. Frank Muscarella meminta kumpulan tumpuan untuk menilai peserta lelaki mengikut 4 kriteria iaitu daya tarikan, tahap agresif, tahap menarik perhatian dan kematangan.

Sesetengah daripada mereka ditunjukkan gambar-gambar lelaki yang mempunyai kepala yang penuh dengan rambut dan bahagian lain dari kumpulan itu melihat gambar-gambar lelaki yang sama tetapi rambut mereka dihapuskan sepenuhnya secara digital.

Dan hasil yang yang diterima sangat tidak dijangkakan di mana lelaki botak dinilai sebagai lebih jujur, pintar dan maskulin.

Disokong oleh beberapa kajian lain

kenapa lelaki botak lebih maskulin

Penemuan Dr. Frank Muscarella disokong oleh penyelidikan dari University of Pennsylvania. Ahli psikologi Albert E. Mannes membuktikan bahawa orang cenderung melihat lelaki botak sebagai lebih kuat, lebih dominan dan berjaya.

Malah, lelaki botak bukan hanya dianggap sebagai kuat dan seksi, mereka juga dilihatkan sebagai pintar.

Penyelidik dari Universiti Saarland menganalisis data berdasarkan pendapat 20,000 orang dan hasilnya menunjukkan bahawa lelaki botak lebih sering dilihat sebagai lebih tua, tetapi orang juga melihat mereka sebagai lebih bijak dan lebih cerdas.

Anda perlu botak sepenuhnya

lelaki botak lebih dominan secara sosial

Dan untuk dilihat sebegini, lelaki perlulah botak secara keseluruhan. Penyelidikan menunjukkan bahawa lelaki yang mempunyai tompok botak atau botak sedikit dilihat sebaliknya iaitu sebagai lemah dan kurang maskulin.

Ia mungkin dihubungkan dengan kenyataan bahawa bercukur kepala anda boleh dilihat sebagai kenyataan aktif yang mana membuatkan orang lain berasa bahawa lelaki itu mampu mengawal keadaan dan tidak malu dengan penampilannya.

Dan tanpa diduga, hal ini membuatkan mereka menjadi lebih menarik! 

Adakah anda bersetuju dengan hasil kajian ini? Atau mungkin anda boleh mengaitkannya dengan pengalaman peribadi anda sendiri?

iluminasi.com menggalakkan semua orang menerima diri mereka seadanya dan membuktikan bahawa ciri-ciri fizikal yang tidak konvensional sebenarnya boleh membawa anda manfaat yang besar.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)