Oleh pada 30 Jul 2017 kategori

Jika anda seorang lelaki yang rendah dan cute, anda mungkin cemburu dengan jejaka-jejaka lain yang lebih tinggi.

Wanita rata-rata lebih tertarik dengan lelaki tinggi. Lelaki tinggi juga menerima bayaran gaji yang lebih besar. Lelaki tinggi juga mempunyai kecenderungan untuk dipilih sebagai pemimpin negara.

Itulah keputusan sebuah kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS ONE. Namun, masih ada satu bahagian di mana lelaki tinggi tidak mempunyai sebarang kelebihan iaitu kadar kematian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Hawaii itu membuat pemerhatian ke atas 8,003 lelaki Amerika yang mempunyai keturunan berdarah Jepun yang lahir antara tahun 1900 hingga 1919. Mereka mendapati kadar ketinggian fizikal seorang lelaki adalah berkadar langsung dengan kadar kematian.

ketinggian lelaki

Selain itu, lelaki rendah juga didapati mempunyai paras insulin darah yang lebih rendah dan jarang mendapat penyakit barah.

Semasa kajian itu dijalankan pada tahun 2014, seramai 120 orang peserta masih hidup dan hampir kesemuanya berketinggian di bawah 5'2" (157.5cm)

Untuk pemahaman mudah, lelaki rendah mempunyai sel badan yang kurang daripada lelaki tinggi. Disebabkan itulah kadar terkena penyakit kanser juga berkurang. Sebaliknya, lelaki tinggi dan besar pula menghasilkan lebih banyak hormon pertumbuhan yang menyebabkan replikasi sel pada kadar yang lebih cepat.

jika lelaki rendah dapat pasangan lebih tinggi dikatakan murah rezeki

Tidak kiralah anda tinggi atau rendah, jika anda jaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat, tidak mustahil anda juga mampu hidup lebih lama. Walau bagaimanapun, kita hanya mampu merancang dan berdoa. Selebihnya, hal ajal dan maut terletak di tangan Yang Maha Esa.

Apa-apa pun, tiada apa yang boleh anda lakukan tentang ketinggian anda. Bersyukur sajalah dengan kurniaan Allah dan nikmat yang diberi.

Artikel ini adalah olahan kajian jurnal Perkaitan tinggi lelai dengan panjang umur




Hakcipta iluminasi.com (2017)