Oleh pada 04 Apr 2017 kategori

Kredit foto: artisbuzz.com

Beberapa bulan yang lalu, industri hiburan tanahair gempar seketika apabila penyanyi rap terkenal, Malique melancarkan album terbarunya yang berjudul 'Malique TKO: Pejamkan Mata'.

Ianya kerana kulit album itu yang dikatakan memaparkan lambang makhluk Dajjal dan mengagungkan Illuminati, bukan Iluminasi - ya kami cuma bergurau.

Bagaikan sudah tepu dengan tanggapan buruk tanpa usul periksa, Malique memberitahu foto mata ketiga itu bererti bahawa sesuatu perkara itu perlu dinilai menggunakan mata hati, bukan hanya menerusi mata luaran semata-mata. 

Kulit album yang mempunyai mata tiga ini mempunyai tafsiran berbeza, sebenarnya mata ketiga itu adalah mata hati.


Mungkin ramai tidak tahu mesej cuba disampaikan iaitu jangan menghukum sesuatu hanya pada luaran dan permukaan. Sebaliknya pandang dengan mata ketiga iaitu mata hati untuk menyelami dasarnya dan memahami isinya.

Sumber: mStar Online

album malique ada lambang dajjal 3

Untuk info, buah tangan terbaru Malique ini mendapat sambutan amat menggalakkan sejak ianya dijual secara atas talian sejak hujung tahun lepas.

Ternyata kehebatan serta aura tersendiri yang dimiliki Malique sebagai seorang komposer tidak perlu disangkal lagi. Karya beliau seringkali mempunyai mesej atau maksud tersirat yang cuba disampaikan .

album malique ada lambang dajjal 2

album malique ada lambang dajjal 4

Kredit foto: Beautifulnara




Hakcipta iluminasi.com (2017)