Oleh pada 26 Apr 2017 kategori

Kredit foto: Beautifulnara

Ketika Anugerah MeleTOP ERA (AME) 2017 berlangsung baru-baru ini, nama penyanyi Malique antara yang menjadi trending dan sebutan ramai. Ini kerana ramai yang meragui kesahihan kemunculannya dalam sebuah segmen persembahan bersama penyanyi Dayang Nurfaizah (Pejamkan Mata) pada malam tersebut.

Bagaimanapun menerusi kenyataan Ketua Format dan Program Realiti Astro, Namanzee Harris mengakui lelaki bertopeng yang muncul hanyalah sekadar gimik, namun vokal yang kedengaran adalah rakaman suara sebenar Malique. 

produksi ame 2017 hormati keputusan malique 2

Kredit foto: Instagram Dayang Nurfaizah

Malah tegasnya, wakil pihak produksi sendiri telah mengadakan pertemuan bersama syarikat rakaman Malique, Warner Music untuk berbincang akan konsep persembahan. Namun hasil perbincangan, Malique hanya membenarkan rakaman vokalnya sahaja digunakan dalam persembahan tersebut. 

Pihak produksi amat menghormati keputusan Malique untuk tidak muncul di pentas dan hanya mengizinkan rakaman suaranya sahaja. Memang benar kemunculan beberapa lelaki bertopeng di AME2017 hanyalah gimik semata-mata namun suara yang digunakan ketika persembahan tersebut sememangnya suara Malique. Kami juga rasa bertuah kerana Malique sudi merakamkan suaranya khas untuk AME2017.

Sumber: Astro Gempak 




Hakcipta iluminasi.com (2017)