Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

kowloon walled city

Kowloon Walled City, sebuah kawasan penempatan manusia yang paling padat di dunia, terletak di Kowloon City, Hong Kong. Dengan bersaiz 6.5 ekar iaitu 5 kali ganda saiz padang bola, ia pernah diduduki oleh 33,000 (ada yang mengatakan 50,000) penduduk pelbagai peringkat umur, namun ia telah diroboh pada tahun 1992.

Nama "Walled" City diberi yang mana tanah ini dikelilingi oleh dinding yang sangat kukuh ketika menjadi kubu ketenteraan bagi mengawasi British di China.

kowloon walled city 13

Bermula sebagai kubu tentera China, ia kemudiannya menjadi sebuah wilayah selepas New Territories dipajak oleh China kepada Britain pada tahun 1989. Pendek kata, ia merupakan satu petak tanah milik Britain yang dikelilingi oleh tanah China ketika itu. Bermula dengan tanah kosong, ia mula menjadi penempatan.

kowloon walled city 6

Namun, penempatan ini semakin padat dan bertambah dengan drastik semasa penawanan Hong Kong oleh Jepun ketika Perang Dunia Ke-2. Selepas Jepun menyerah kalah, penempatan ini menjadi kawasan setinggan.

kowloon walled city 2

Penempatan ini terdiri daripada lebih daripada 300 buah bangunan tinggi bersambung, yang menempatkan 8,800 buah rumah pangsa dan 1,000 buah perniagaan. Ia merupakan hasil kerja seorang arkitek tanpa bantuan dan sumbangan dari sesiapa. Walled City juga merupakan sebuah kawasan yang tidak mempunyai undang-undang kerana Britain dan China masing-masing tidak mahu bertanggungjawab ke atas kawasan ini.

kowloon walled city 14

Pembangunan di kawasan ini melonjak naik di antara tahun 1960an dan 1970an yang menjadikan tanah ini hampir penuh dengan bangunan 10 tingkat dan lebih. Namun, ia tidak melebihi 14 tingkat disebabkan terdapat lapangan terbang 800 meter daripada penempatan ini iaitu Lapangan Terbang Kai Tak.

kowloon walled city 5

Penempatan ini juga tidak dipantau dan tidak mengikut peraturan kesihatan dan keselamatan, yang menyebabkan lorong-lorong gelap di bangunan-bangunan yang berkelebaran 1 hingga 2 meter itu bocor dan air menitis di merata tempat. Pencahayaan dan saliran air juga sangat teruk. Pembinaan bandar ini yang tidak dikawal selia menyebabkan kebanyakan daripada 300 bangunan ini mempunyai asas yang teruk dan tiada utiliti.

kowloon walled city 3

Terdapat jambatan menghubungkan antara satu bangunan dengan bangunan lain di tingkat atas dan sangat panjang sehinggakan seseorang boleh berjalan dari utara ke selatan yang merentasi seluruh kawasan ini tanpa menjejakkan kaki di atas tanah. Disebabkan keluasan rumah tersangat kecil iaitu 23 meter persegi, ruang digunakan secara maksima dengan menghasilkan tingkat atas yang lebih luas, balkoni dan penggunaan ruang atas bumbung.

girard kowloon006

kowloon walled city 16 278

Bandar ini menjadi sangat terkenal dengan rumah pelacuran, kasino, sarang dadah serta sarang candu pada awal tahun 1980. Ia juga terkenal dengan medan selera yang menyediakan daging anjing, serta doktor gigi yang tidak bertanggungjawab boleh terlepas dari dakwaan jika berlaku apa-apa terhadap pesakit mereka. Ia menjadi syurga kepada penjenayah dan penagih dadah yang dikawal oleh kongsi gelap China.

kowloon walled city 7

kowloon walled city 8

Segala keperluan boleh dipenuhi di dalam bandar padat ini termasuklah restoran, kedai runcit dan juga salun rambut. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan pemprosesan makanan, tujuan berpindah ke penempatan ini adalah kerana sewa yang murah dan melarikan diri daripada pemeriksa kebersihan dan jauh daripada bidang kuasa kesihatan kerajaan. 

kowloon walled city 12

kowloon walled city 11

Bancian rasmi menganggarkan populasi penempatan ini sebanyak 10,004 orang pada tahun 1971 dan 10 tahun kemudian, ia menjadi 14,617 orang. Pada tahun 1987, survey yang dijalankan oleh kerajaan mendapati sebanyak 33,000 orang tinggal di penempatan ini. Menurut survey ini juga, Kowloon Walled City mempunyai kepadatan penduduk sebanyak 1,255,000 setiap satu kilometer persegi. Juga terdapat laporan bahawa penduduk di sini sebanyak 50,000 orang.

kowloon walled city 9

kowloon walled city 22

Walaupun tempat ini menjadi sarang jenayah dan kongsi gelap, namun penduduknya menjalani hidup yang aman dengan kanak-kanak bermain di bumbung apartment. Atas bumbung rumah mereka menjadi satu-satunya tempat untuk menghirup udara segar dan mencari ketenangan terperangkap di dalam rumah yang padat.

kowloon walled city 4 942

kowloon walled city 5 75

Setelah sekian lama, kerajaan Britain dan China mula mendapati penempatan ini menjadi semakin tidak dapat tertanggung lagi walaupun kadar jenayah yang rendah.

kowloon walled city 23

Akhirnya, keputusan telah dibuat selepas beberapa perbincangan, untuk merobohkan penempatan ini. Ramai penduduk membantah dan menentang cadangan itu dengan menjelaskan bahawa mereka gembira tinggal sebegtiu, namun ia tidak mengubah apa-apa.

kowloon walled city 24

Kerajaan Hong Kong diberikan pampasan sebanyak RM11.55 billion dan pemindahan bermula pada tahun 1991. Selepas proses pengusiran penduduk yang sangat sukar tamat, proses merobohkan bermula pada Mac 1993 dan tamat pada April 1994.

kowloon walled city park

Kini, tapak penempatan terpadat di dunia satu ketika dulu telah dibina sebuah taman, yang diberi nama Kowloon Walled City Park.

Apabila ditannya, bekas penduduk di Kowloon Walled City rata-rata menjawab mereka paling rindukan persahabatan yang wujud ketika tinggal di situ. Menurut Heung Yin-King, anak perempuan sulung keluarga Heung yang tinggal di penempatan ini semenjak 1960an, hidup mereka sangat miskin namun mereka sangat gembira. 

"Walaupun rumah kami sangat kecil sehinggakan tidak dapat memuatkan meja makan, namun kami bahagia," jelas Heung Yin-King.

Sumber :

1. Daily Mail

2. Most Odd

3. South China Morning Post

4. Wikipedia


tags : , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)