Oleh pada 02 Aug 2017 kategori

majlis perkahwinan mark dan priscilla 560

Bulan Mei baru-baru ini banyak sungguh berita muncul tentang Mark Zuckerberg.

Mula-mula, beliau mengumumkan yang isterinya, Priscilla Chan sedang mengandungkan anak kedua mereka.

Kemudian, Mark menarik perhatian dengan bercuti 'bulan madu' yang sememangnya merupakan acara tahunan pasangan ini.

Selepas itu, Mark telah dijemput memberikan ucapan pembukaan semasa majlis konvokesyen University of Harvard. Sudah semestinya beliau ditemani isteri tercinta.

priscilla kini mengandung anak kedua

Nampak gayanya, Mark sememangnya seorang family man dan sentiasa bersama-sama dengan isteri ke mana sahaja beliau pergi. Mark tidak takut menjadi bahan ejekan kawan-kawan lelaki kerana "takutkan mem besar" atau "bini queen control".

Walaupun kedua-dua mereka merupakan pasangan selebriti terkenal, namun mereka tidak pernah menonjolkan kemesraan berpelukan atau bercumbu di khalayak ramai. Tapi umum sentiasa tahu dan sedar bahawa mereka mempunyai suatu hubungan yang amat kuat dan istimewa.

mark zuckerberg priscilla chan

Siapa Priscilla Chan?

Lima tahun yang lalu, Mark mengejutkan seluruh dunia apabila beliau mengumumkan yang beliau akan mendirikan rumahtangga. Jika kita perhatikan bakal isterinya ketika itu - Priscilla Chan, kelihatan macam biasa-biasa saja. Cuma berdarah kacukan China-Vietnam. Tak adalah hot dan seksi bagaikan supermodel ataupun kulit putih gebu, mata biru, bulu mata lentik atau berpipi merah jambu.

Jadi, siapa sebenarnya permaisuri yang telah berjaya menambat hati raja media sosial ini?

priscilla chan sewaktu kecil 478

Kali pertama bertemu

Mark dan Priscilla telah berkenalan lama, sebelum Mark menjadi jutawan lagi dan semasa kedua-dua mereka masih sedang belajar di Harvard.

Bibit-bibit perkenalan adalah semasa menghadiri sebuah parti yang dianjurkan oleh fraterniti Mark pada tahun 2003. Apa yang menarik, mereka terserempak semasa sedang beratur untuk ke tandas. Dari situlah mereka mula rapat dan bercinta.

zaman mula berkenalan semasa parti fraterniti mark zuckerberg priscilla chan

Pada masa itu, Mark juga hanyalah seorang pelajar kolej yang biasa sahaja. Beliau merupakan seorang nerd yang selekeh yang banyak menghabiskan masa dengan pengekodan dan pemprograman. Malah, Mark tidak begitu disukai para pelajar wanita atas kesilapan membina laman web yang memaparkan gambar-gambar semua pelajar dengan tidak sengaja.

Walaupun begitu, Priscilla terjatuh cinta dengan amat mendalam kepada Mark. Begitu juga sebaliknya, Mark amat mengasihi Priscilla sehingga sanggup berusaha mempelajari bahasa Cina dalam masa yang singkat supaya boleh meluangkan masa bersama keluarga Priscilla.

mark dan priscilla kerap kelihatan bersama ke mana sahaja

Susah senang bersama

Pasangan ini banyak menghadapi susah dan senang bersama sejak awal percintaan. Cabaran paling besar adalah apabila Mark membuat keputusan untuk berhenti belajar dan meneruskan usaha membangunkan Facebook.

Cuba bayangkan jika anda berada di tempat Priscilla, mungkin anda sudah bergaduh besar ataupun lebih teruk lagi - mungkin anda tinggalkan saja Mark kan? Nampak macam tak ada masa depan. Tapi Priscilla tetap memilih untuk setia bersama Mark.

Malah, Priscilla merupakan salah seorang manusia terawal yang mendaftar akaun Facebook pada 5 Februari 2004.

priscilla antara manusia terawal mempunyai akaun facebook pada tahun 2004

Cita-cita bukan mahu jadi kaya

Pada tahun 2006, banyak tawaran untuk membeli Facebook termasuklah tawaran bernilai USD 1 bilion daripada Yahoo. Ketika ini, Mark sentiasa bergelut dari segi emosi dan sentiasa berbincang dengan Priscilla. Namun, mereka bersama-sama membuat keputusan untuk fokus dengan cita-cita mereka meneruskan Facebook. Mereka menolak kesemua tawaran yang datang dan kini terbukti keputusan mereka itu tepat dan berbaloi-baloi.

mark dan priscilla bercuti di hawaii

Walaupun Mark merupakan seorang yang kuat bekerja, Priscilla adalah seorang wanita bijak yang tahu cara untuk menjaga hubungan mereka. Dari awal perhubungan lagi Priscilla telah menetapkan peraturan yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua pihak: satu janji temu setiap minggu, sekurang-kurangnya 100 minit masa berdua-duaan - bukan di rumah dan sudah semestinya bukan di Facebook!

Selepas tamat belajar di Harvard, Priscilla menyambung pelajarannya dalam bidang perubatan di University of California, San Francisco. Beliau yang amat sukakan kanak-kanak kemudian bekerja sebagai guru dan tidak bekerja di Facebook.

semasa hari graduasi priscilla 888

Bukan cinta monyet

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 2012 selepas 9 tahun bercinta. Undangan perkahwinan mereka dibuat secara mengejut dan diam-diam sahaja. Kesemua tetamu amat tidak menyangka pasangan itu akan berkahwin kerana mereka hanya mendapat jemputan datang ke rumah untuk meraikan hari graduasi Priscilla.

Lagipun hari perkahwinan mereka dibuat sehari selepas Facebook tersenarai sebagai saham terbitan awam (IPO). Mungkin itu adalah salah satu strategi Mark untuk menyambut hari ulang tahun perkahwinan dan hari Facebook tersenarai di IPO secara serentak setiap tahun. Bijak!

mark dan priscilla bulan madu itali 589

Bersederhana dalam semua aspek

Majlis perkahwinan mempelai hanya diadakan di belakang rumah Mark di Palo Alto. Cincin Priscilla direka sendiri oleh Mark dan tidak pernah ditunjukkan kepada Priscilla sehinggalah hari perkahwinan itu.

Apa yang paling penting, Mark buat pertama kalinya kelihatan segak memakai sut.

Pasangan romantis ini sememangnya amat merendah diri dan hidup dalam kesederhanaan. Semasa bulan madu mereka di Itali, mereka hanya makan burger McDonald's sahaja sehingga ada sesetengah akhbar mengusik Mark dengan tajuk berita hangat "Zuck's McHoneymoon".

mark dan priscilla bulan madu itali makan mcdonald tepi jalan

Mark kemudian terpaksa memendekkan percutian bulan madu mereka kerana perlu pulang ke pejabat Facebook untuk menyambung tugasan penting. Disebabkan itulah Mark telah berjanji pada Priscilla untuk pergi berbulan madu setiap tahun bagi menggantikan bulan madu asal yang terbantut itu.

Pasangan prihatin

Mark dan Priscilla amat aktif melibatkan diri dalam acara amal dan kebajikan. Sehingga kini, mereka berdua telah mendermakan ratusan juta dollar untuk pembangunan pendidikan. Malah, selepas melahirkan anak pertama mereka, Max, mereka berikrar untuk menyerahkan 99% daripada kekayaan mereka untuk tujuan kebajikan.

pasangan sederhana mark dan priscilla 447

Daripada kisah cinta pasangan selebriti kaya-raya ini, kita boleh belajar bahawa cinta tidak mengenal bangsa, harta dan rupa.

Selain itu, setiap perhubungan perlu ada sokongan, timbang rasa dan memahami antara satu sama lain. Nerd-nerd dan sesibuk mana Mark pun, beliau seorang yang romantik dan amat bertanggungjawab sebagai seorang suami dan ayah. Priscilla pula terbukti bukanlah perempuan mata duitan kerana sanggup memulakan kehidupan dari bawah bersama Mark.

mark zuckerberg kisah cinta priscilla chan bersama anak 160

Jadi, apa-apa yang pasangan ingin lakukan, cuba berikan sokongan moral. Jika pasangan anda bercita-cita nak kurus, janganlah perlekehkan niatnya itu. Jika pasangan anda mahu mula berniaga, jangan sesekali anda padamkan semangatnya.

Cubalah support mereka dari belakang. Mana tahu anda juga boleh jadi macam Mark Zuckerberg dan Priscilla Chan suatu hari nanti.

Rujukan:

Business Insider

Forbes


tags : , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)