Oleh pada 30 Jul 2017 kategori

Tak perlu nak kenalkan lagi la kan siapa Mark Zuckerberg. Kalau tak kenal, anda mungkin tinggal di dalam gua. Beliau merupakan individu terkaya ke-5 di dunia ini dan yang paling muda dalam senarai 10 orang terkaya di dunia.

Nilai kekayaan Mark Zuckerberg pada tahun 2017 dianggarkan sebanyak RM307 billion oleh Forbes. Menurut CNBC, Mark Zuckerberg mendapat keuntungan sebanyak RM18.83 juta, setiap hari.

BESARKAN TEKS     A-  A+

keuntungan setiap hari 947

Apa anda akan buat dengan jika ditakdirkan anda mempunyai kekayaan seperti ini? Kekayaan yang sangat melampau ini namun tidak ditunjukkan oleh beliau dalam kehidupan sehariannya.

najib dan mark

Beliau dikatakan sangat sederhana bagi seorang yang bergelar billionaire.

1. Rumah yang sangat sederhana

rumah mark zuckerberg 204

Sekali pandang rumah ini, anda tak menyangka ia adalah rumah orang ke-5 terkaya di dunia. Rumah anda mungkin lagi besar, kan? Tidak seperti bilionaire lain seperti Mukesh Ambani yang membina rumah termahal di dunia, citarasa Mark agak sederhana dan bersahaja. Rumah yang terletak di Silicon Valley ini hanya mempunyai 5 bilik.

ruang rumah mark

Dekorasi dan perabot rumah Mark juga seperti rumah orang kebanyakan. Rumah jutawan kosmetik Malaysia, Dato Alif Syukri jauh lebih besar dan mewah jika nak dibandingkan dengan rumah Mark, walaupun kekayaan Mark dianggarkan beribu kali kanda berbanding Dato Alif.

dapur rumah mark

Mark juga sangat jarang menayang rumahnya kepada orang ramai di media sosial. Walaupun rumah ini berharga RM30 juta, namun berdasarkan kekayaan Mark, beliau dikira sebagai sangat sederhana dalam membeli rumah walaupun mampu untuk membeli 10,233buah rumah seperti ini.

Rumah Bill Gates berharga 22 kali ganda rumah Mark : 15 Fakta Menarik Mengenai Rumah Orang Terkaya Di Dunia Bill Gates

2. Kereta berharga kurang RM300,000

honda fit mark

Bagi mereka yang kaya raya, ia adalah satu trend untuk menayang kekayaan mereka melalui kereta yang mereka pandu. Cuba lihat apa jenis kereta yang dipandu oleh bilionaire-bilionaire yang lain, dan jutawan-jutawan di Malaysia. Bugatti, Ferrari, Lamborghini, Mercedes dan banyak lagi. Semuanya berharga mencecah berjuta-juta Ringgit.

isteri mark

Bagi Mark, kereta merupakan satu medium untuk sampai ke sesuatu tempat dan ia tidak penting sama ada ianya mewah atau tidak. Apa yang penting ialah sampai dengan selamat. Kereta yang dipandu Mark dan isterinya adalah Acura TSX dan Honda Fit yang berharga kurang daripada RM300,000 bagi kedua-duanya.

Pada tahun 2014, Mark menambahkan koleksi keretanya dengan membeli Volkswagen GTi yang berharga RM130,000. Bayangkan Mark Zuckerberg memandu kereta lebih murah daripada anda. Segan tak?

Berdasarkan nilai kekayaan Mark, beliau mampu untuk membeli 47,666 buah Bugatti Veyron yang berharga RM6.4 juta sebuah.

3. Pakaian yang tidak menonjol dan menarik perhatian

baju mark 894

Bagi orang biasa-biasa pun, pakaian adalah antara perkara penting bagi kita. Ramai manusia zaman kini yang sangat mementingkan jenama dan harga, walaupun kita tak berapa mampu. Namun bagi Mark, beliau sangat simple dengan memakai baju t-shirt yang sama setiap hari, dan ia adalah t-shirt yang sangat ringkas dan biasa.

Ini adalah kerana Mark sangat menghargai masa dan tidak mahu menghabiskan masa yang banyak untuk memikirkan apa yang patut dipakainya setiap hari.

baju mark zuckerberg

Kelihatan Mark memegang iPhone 4s, namun kami tak dapat pastikan telefon apa yang digunakannya ketika ini

Jenama pakaian yang sering dipakai oleh Mark adalah Brunello Cucinelli dan harga sehelai t-shirt beliau adalah sekitar RM1,700 manakala bagi sweater pula RM12,800. Anda pasti berkata, mahal juga harga t-shirt beliau, tapi jika nak dibandingkan dengan kekayaan Mark, ia dianggap tersangat murah. Rakyat Malaysia pun ada yang pakai beg tangan berharga setengah juta ringgit kan?

mark tshirt

Baju Mark dibuat khas dan mempunyai logo Facebook (friend request, message dan notification) di bahagian kiri dada

4. Bersiar-siar seperti orang kebanyakan

mark dan priscila

Sebagai orang yang sangat terkenal di seluruh dunia, pastinya anda akan berasa hebat dan menjadi tumpuan orang ramai. Sudah tentunya anda akan bersiap habis-habisan untuk keluar. Cuba lihat instafamous di Malaysia, kelihatan sangat cantik dan sempurna.

Namun bagi Mark, beliau berasakan dirinya dan menjalani hidupnya seperti orang biasa dengan bersiar-bersiar dan berjalan-jalan ke sana ke sini seperti dalam akaun banknya hanya ada RM1,000. Jika dilihat, langsung tak seperti seorang billionaire, dan seperti tidak kisahkan apa-apa langsung. Mungkin anda akan mempunyai beberapa orang pengawal peribadi jika berada di tempat Mark Zuckerberg.

mark makan tepi jalan

Malah, Mark juga pernah makan di tepi jalan tetapi tidak direkod dan diupload ke Facebooknya supaya dunia mengetahuinya.

5. Masih sempat masak dan makan di rumah

kentang goreng by mark zuckerberg

Walaupun tersangat sibuk dengan kerja dan mampu makan di mana-mana restoran yang mahal untuk seumur hidupnya, Mark masih mampu menggunakan masanya untuk masak dan makan di rumah.

Jika penulis mempunyai kekayaan sepertinya, mungkin penulis akan makan makanan yang paling mahal di dunia setiap hari seperti dalam artikel 5 Makanan Termahal Di Dunia.

6. Mempunyai masa uruskan anak

maxima chan zuckerberg

Hasil perkahwinan antara Mark dan Priscilla dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Maxima Chan Zuckerberg. Sebagai seorang bapa, Mark dan isteri selalu menguruskan keperluan anak perempuan mereka sendiri. Ia amat penting baginya untuk menghabiskan masa bersama anaknya walaupun tekanan kerja yang sangat tinggi.

Ramai di antara kita yang hanya menyerahkan sepenuhnya tugas ini kepada pembantu rumah dan akhirnya berlaku sesuatu yang tidak diingini. Salah siapa?

7. Sambut ulangtahun kelahiran dengan sederhana

hari lahir maxima

Boleh bayangkan tak bagaimana seorang billionaire menyambut ulangtahun hari kelahiran anaknya, lebih-lebih lagi ulangtahun pertama? Pasti sangat mewah kan? Namun, bagi ulangtahun kelahiran Maxima, ia dilangsungkan dalam suasana serba sederhana di rumah mereka. Tiada apa-apa yang fancy. Tak perlu sewa hotel atau gimik berlebihan.

hari lahir 32 mark

Tak perlu bawa anak sambut hari lahir di London atau Paris seperti selebriti Malaysia yang berakhir dengan ditahan di lapangan terbang akibat cukai tertunggak. Juga, Mark menyambut kelahiran ke-32 beliau di pejabat sahaja bersama isteri, anak dan staf-staf beliau.

Sila jangan kecam artikel ini dengan mengatakan penulis mengagungkan yahudi, kerana penulis hanya kagum melihat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Mark, seperti yang disarankan oleh Rasululllah kepada kita supaya besederhana dalam segala segi. Yang baik kita ikut, yang tak baik kita tolak.

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)