Oleh pada 02 Apr 2017 kategori

Pernah tak anda tengok kucing yang yang mempunyai ciri-ciri yang akan membuatkan anda berkata, "Wow! Saya nak kucing seperti itu" atau, "Boleh tak saya nak bergambar dengan kucing ini?" Hal inilah yang terjadi kepada seekor kucing yang kini dianggap sebagai kucing selebriti di Thailand kerana bulunya yang gebu seakan-akan bulu palsu. 

Kucing ini dinamakan Bone Bone dan sudah mempunyai 44.9k followers di Instagram. Bone Bone amat suka bermain di taman dan memanjat pokok di taman. Yang melucukan adalah, Bone Bone akan memanjat pokok itu dengan begnya, yang merupakan tempat pengikat tali.

BESARKAN TEKS     A-  A+

kucing bone bone memanjat pokok

kucing bone bone bermain di taman

Tuannya juga suka membawa Bone Bone berjalan dan melalui Instagramnya, Bone Bone telah melawat banyak tempat di samping pelbagai majlis rasmi. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan kucing ini dan anda sendiri boleh tahu mengapa kucing ini begitu popular.

kucing bone bone dukung

kucing bone bone 659

kucing bone bone menjadi tumpuan

Anda boleh follow Kucing Bone Bone di Instagramnya dan melihat lebih lanjut tentang gambarnya yang memang terlalu comel itu.




Hakcipta iluminasi.com (2017)