Oleh pada 03 Apr 2017 kategori

Selepas viral dengan kucing Bone Bone, terbaru kucing baka Scottish fold iaitu Hana telah menjadi viral kerana menjadi tumpuan peminat kucing. Mempunyai pengikut di Instagram seramai 251,000, kucing yang dinamakan Hana ini berasal dari negara Jepun. Hana telah menarik minat sebegitu ramai peminat kucing khususnya kerana bulunya yang gebu ditambah dengan matanya yang bulat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kucing Scottish fold dinamakan demikian kerana telinganya yang berlipat atau bahasa mudahnya, telinga kelepet. Kucing Scottish fold ini pertama kali diimport ke Amerika Syarikat pada tahun 1971. Sejarah kucing Scottish fold ini bermula dengan seekor kucing yang bernama Susie yang mempunyai telinga yang berlipat. Setelah Susie melahirkan anaknya, 2 daripada anaknya itu mempunyai telinga berlipat yang kemudiannya dikacuk dengan bantuan pakar genetik.

hana duduk

Selain dikenali dengan telinganya yang berlipat itu, kucing baka Scottish fold ini mempunyai tabiat untuk bergaya dalam keadaan pelik - berpusing di atas lantai, duduk, berbaring dan sebagainya. Kucing baka ini adalah kucing yang bijak dan aktif dan suka bermain permainan yang menguji kepantasannya dan permainan yang menguji kecerdikannya.

Kucing baka Scottish Fold ini adalah amat popular di kalangan peminat kucing kerana sifat kucing ini yang amat penyayang dan mempunyai genetik kucing yang unik membuatkan harga untuk mendapatkan kucing baka ini adalah tinggi. Kucing baka ini mempunyai jangka hayat selama 15 tahun sahaja dan terdapat berita yang mengatakan kucing baka ini mempunyai penyakit buah pinggang.

hana baring sambil tunjuk paw

hana buat muka comel

hana buat muka kiut

hana posing

kucing hana bermain

Aktiviti harian Hana adalah bermain, membuat aksi comel, tidur dan juga lepak bersama burung yang dinamakan Sai! Bukan seperti kucing lain, Hana bermain dengan Sai dengan aman dan tiada aksi gigit mengigit. 

tengoklah mata hana ni

Anda boleh follow Instagram Hana untuk mengikuti aksi comelnya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)