Oleh pada 13 Mar 2017 kategori

Tanggal 2 Mac 2017 bermulalah kisah pengembaraan si miskin yang akan banyak memberi inspirasi kepada kita semua. Dinie Shazwi, 31 berkorbankan diri untuk mencoret kisah suka duka sepanjang pengembaraan mengelilingi Malaysia hanya dengan sebuah motorsikal jenis Modenas yang dijangka tamat pada awal bulan Jun. Tujuan pengembaraan ini adalah untuk membuka mata masyarakat tentang kehidupan anak-anak tahfiz di pondok seluruh negara.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kembara Inspiras Si Miskin ini adalah pengembaraan Dinie secara solo menggunakan motorsikal Modenas MR1 berkuasa 100cc serta berbekalkan keazaman dan semangat yang tinggi, Dinie akan merentas seluruh negara untuk melihat sendiri kehidupan sebenar setiap anak-anak tahfiz ini . Sebelum bermulanya pengembaraan, Dinie terasa sayu untuk meninggalkan si isteri tercinta dan anak yang tersayang berusia 1 tahun 7 bulan. 
"Anak saya yang baru berusia setahun tujuh bulan melambai-lambai tangan masa saya mula keluar rumah tadi. Berkaca mata saya dengan takungan air mata melihat wajah satu anak saya yang sedih ditinggal pergi.Sedih saya, anak kecil yang tak tahu ayahnya akan kembara jauh mencari rezeki dalam perniagaan. Satu pengembaraan yang mengundang bahaya, cercaan dan kesukaran hidup. Anak saya yang bernama Sofea tak mengerti kenapa dia melambai-lambai." dipetik dari laman facebook Dinie.

motorsikal dinie shawzi

Hari pertama Dinie berada di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya, Dinie dibenarkan oleh Imam masjid untuk bermalam disitu sebelum melangkah keesokkan harinya memulakan langkah ke pusat tahfiz mahupon rumah pengasih. Dinie akan mencoret setiap hari kisah kembaranya dilaman facebooknya sendiri. Jika anda hendak memberi sumbangan kepada rumah pengasih atau pondok tahfiz , anda boleh salurkan kepada Dinie yang bertanggungjawab untuk membahagikan sumbangan anda yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban setiap institusi tersebut. 

Kini dah masuk hari yang ke 11 Dinie mengembara. Antara yang kami ingin kongsikan adalah persinggahan Dinie di rumah Anak Yatim Teluk Intan yang dipetik dari lama facebook Dinie sendiri.

dinie bagi beras 41

"Alhamdulillah semalam saya dapat serahkan sumbangan terkumpul sebanyak RM300.
Rm250 dalam bentuk tunai. Rm50 dalam bentuk dua beg beras Jati 10kilogram.
Saya rasa sangat gembira dan sangat tenang bila lihat wajah ustaz dan anak tahfiz gembira dengan sumbangan sahabat Dinie semua.
InsyaAllah Dinie harap ramai sahabat Dinie tampil menghulurkan sumbangan kepada anak2 tahfiz dan anak2 yatim.
Hari ini Dinie nak susun semua jadual aktiviti Dinie sebelum Dinie menuju ke Rumah Anak Yatim Teluk Intan.
Number fon Dinie 010-7919205 (Whatsapp only)" kata Dinie

dini bergambar

dinie bergambar di pusat tahfiz

Antara coretan menarik yang Dinie kongsikan:

Dinie bertanya kepada seorang pelajar pondok yang bernama Adi.

Dinie : "Awak nak makan masak sendiri?"

Adi    : "Ya. Saya masak sendiri."

Dinie : "Kat luar makanan sedap-sedap. Awak tak menyesal tak dapat makan sedap-sedap Adi?"

Adi    : "Tak"

Dinie  : "Kenapa Adi? Saya yang baru dua hari duduk sini dah teringat makanan yang sedap-sedap." 

Adi     : "Bila saya baca Al-Quran saya dah lupa tentang makanan."

Dinie  : "Awak dah hafaz berapa juzuk?"

Sahabat Adi yang bernama Aidil mencelah dengan menyatakan bahawa sudah 28 juzuk Adi menghafaz al Quran.   

28 juzul

Semoga kembara Dinie dapat memberi inspirasi untuk kita semua. Kita doakan supaya Dinie selamat menyelesaikan misi kembara tersebut. Ikuti FB Dinie Shazwi untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengembaraan yang akan berakhir 3 bulan lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)