Oleh pada 04 Apr 2017 kategori

Di Jepun, ada seorang bapa yang telah kehilangan anak perempuannya pada 34 tahun yang lalu. Kejadian yang tidak disangka itu adalah apabila puterinya itu yang sedang dalam perjalanan ke sekolah telah dilanggar oleh sebuah kereta dan terus meninggal. Bapa itu, Mihara yang mengalami kesedihan yang sangat teruk telah membuat keputusan untuk bekerjasama sama dengan pertubuhan perlindungan kanak-kanak. Setiap hari, Mihara akan menjemput dan menghantar kanak-kanak, dengan membantu mereka menyeberang jalan dan memastikan mereka sampai dengan selamat.

just for decoration photo 1

Malahan, di waktu lapang, Mihara yang kini sudah berusia 73 tahun masih mempunyai kudrat untuk membersihkan daun-daun gugur di jalanan dengan harapan dapat memastikan persekitaran yang lebih aman kepada mereka.

Tetapi pada suatu hari, ketika Mihara sedang menemani 9 orang kanak-kanak menyeberang jalan, datang sebuah kereta lalu melanggar Mihara dan kanak-kanak itu. Berdasarkan cerita daripada seorang saksi kejadian, setelah menyedari kehadiran kereta itu, Mihara tanpa ragu-ragu menggunakan tubuh badannya sendiri untuk melindungi seorang kanak-kanak lelaki, dan walaupun ketika itu dia sudah terbaring lemah di jalan, dia masih sempat bertanya tentang kanak-kanak lelaki yang dilindunginya itu.

just for decoration photo 2

Disebabkan keberanian Mihara, kanak-kanak itu hanya mengalami sedikit luka dan cedera ringan. Mihara yang cedera parah terus di bawa ke hospital oleh orang ramai. Namun, Mihara diberitakan telah meninggal dunia keesokan harinya disebabkan kecederaan yang sangat serius. Pihak sekolah di aman Mihara melakukan kebajikannya setiap hari merasa sangat sedih dengan pemergiannya lalu memberitahu kepada semua guru dan murid, "Tuan-tuan, puan-puan dan murid-murid sekalian, Tuan Mihara melayan dan menganggap semua murid-murid di sini seperti anak kandungnya sendiri. Baginya, dia merasa sangat gembira dan puas dapat melihat murid-murid ini membesar dengan baik dan selamat."

just for decoration photo 3

Selepas siasatan kes ini selesai, didapati bahawa pemandu kereta tersebut berada di bawah pengaruh alkohol, dan lelaki berusia 62 tahun itu memandu dalam keadaan mabuk, gagal mengawal keretanya lalu merempuh Mihara dan menyebabkan kematiannya.

just for decoration photo 4

34 tahun lalu, anak gadisnya meninggal kerana dilanggar kereta, kini dia juga meninggal disebabkan kejadian yang sama! Sungguh menyedihkan! Diharap kita semua mengambil iktibar dan jangan memandu ketika mabuk kerana ia boleh mengakibatkan kematian ramai orang yang tidak berdosa! Kongsikan untuk peringatan bersama.


tags : , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)