Pernahkah anda berasa malu atau berputus asa disebabkan kekurangan dalam hidup anda? Jika ya, adakah ada orang lain yang lebih tidak bernasib baik daripada anda?

achmad zulkarnain 499

Seperti yang kita tahu, tiada apa yang mampu menghalang seseorang itu untuk berjaya, termasuklah kekurangan dari segi fizikal. Ia dibuktikan oleh Achmad Zulkarnain yang dilahirkan tanpa kaki dan tangan, namun mampu berjaya menjadi seorang jurugambar profesional.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Beliau benar-benar tidak membenarkan kekurangan yang ada padanya menghalang bakat dan cita-citanya.

achmad bergerak sendirian ke mana mana 814

Achmad dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba daif. Dan ketika dilahirkan, Achmad hampir-hampir dibuang oleh ibunya kerana malu akan keadaan fizikalnya. Beliau dibalut dengan beg plastik dan hendak dibuang namun perkara itu terlihat oleh jiran yang kemudiannya menghalang ibunya bertindak sedemikian. 

Kini beliau berusia 25 tahun dan menjadi salah seorang jurugambar yang paling terkenal di Indonesia. Beliau yang juga pelajar jurusan undang-undang, Achmad mula menjinakkan diri dalam dunia jurugambar 4 tahun lalu kerana ingin meringankan beban bapaya yang hanya bekerja sebagai di bengkel motosikal. 

achmad menjalankan tugas sebagai jurugambar

Ketika itu beliau hanya mengambil upah sebagai jurugambar kad pengenalan untuk jiran tetangga di Banyuwangi, Jawa, dan mendapati bahawa beliau mempunyai minat dan menjiwai bidang ini.

"Ibu saya menghadiahkan saya sebuah kamera supaya saya dapat meringankan beban bapa saya. Tetapi saya mula meminati dan membuat keputusan untuk mempelajari dengan lebih mendalam mengenai teknik mengambil gambar," katanya.

achmad di set penggambaran

hasil karya achmad 5

Kredit gambar : Bang Dzoel

Achmad kemudiannya membeli kamera DSLR secara ansuran, dan menghabiskan masa mempelajari teknik-teknik dari video dan gambar di internet. Dengan itu, beliau mula mengambil gambar dengan lebih baik dan menghadiri acara-acara yang berkaitan.

Menurut beliau yang menggunakan nama Bang Dzoel, bukan mudah untuk menjadi jurugambar berikutan kekangan fizikal yang dihadapinya. Antaranya termsuklah risiko bahaya ketika beliau harus mendaki bukit, dan hanya untuk memegang kamera sahaja sudah cukup sukar baginya yang tidak mempunyai pergelangan tangan dan jari. Bila-bila sahaja kameranya boleh jatuh dan berkecai.

hasil karya achmad

Kredit : Bang Dzoel

hasil karya achmad 2

Kredit : Bang Dzoel

Beliau bukan sahaja mengambil gambar dengan baik, malah mensunting semua gambar-gambar sendiri. Bayangkan kesukaran yang perlu dihadapi untuk menyunting menggunakan komputer, dengan keadaan tidak mempunyai jari.

hasil karya achmad 3

Achmad sudah jatuh beberapa kali ketika ingin menyelamatkan kameranya, namun beliau tidak pernah berputus asa. Beliau juga mendapat sokongan daripada jurugambar yang lain yang rata-rata terkejut dengan kebolehan beliau walaupun tidak sempurna fizikal.

Ketika di sekolah, beliau sering diejek dan dimalukan, dan zaman kanak-kanaknya adalah sesuatu yang sukar baginya. Achmad juga pernah mencuba untuk membunuh diri ketika di sekolah rendah kerana tidak tahan dengan hidupnya.

"Hidup saya sangat memerlukan ketabahan. Saya mampu teruskan hidup dan berjaya disebabkan ibu saya yang selalu mengajar saya dan menasihati saya bahawa saya mampu melakukan apa sahaja dan hidup seperti orang lain. Ibu saya adalah penyokong nombor satu saya walaupun satu ketika dahulu beliau pernah malu disebabkan saya,"

Namun ibu Achmad telah meninggal dunia 2 tahun lalu akibat barah payudara.

kereta khas yang dihasilkan untuk memudahkan pergerakan achmad

gambar achmad yang disunting mempunyai tangan dan kaki

Gambar achmad yang disunting mempunyai tangan dan kaki, dan ditulis oleh Achmad, "Kesempurnaan itu bergantung dari sudut pandangan anda".

Selain daripada bakat dalam bidang penggambaran, Achmad juga seorang yang pandai bermain skateboard dan alat muzik seperti gitar bass dan keyboard. Beliau berharap beliau dapat memberikan inspirasi dan keyakinan kepada mereka yang mengalami nasib sepertinya dan hidup seperti orang lain.

"Kami bukan cacat, tapi kami hanya berlainan dan mempunyai cara yang berlainan dalam bekerja," jelas beliau.

Rujukan :

1. Petapixel

2. Metro

3. Retouchist




Hakcipta iluminasi.com (2017)