Oleh pada 23 Mar 2018 kategori

Kredit foto: beritaviral.click

Aktres Izreen Azminda mempersoalkan tindakan sesetengah pihak yang seakan sengaja ingin menutup periuk nasinya dengan mewujudkan akaun Instagram palsu.

Pelakon berusia 33 tahun yang juga isteri kepada pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude ini berasa terkilan dengan beberapa siri kenyataan yang dikeluarkan daripada sebuah akaun palsu bernama @therealizreenazminda sejak 5 Mac lalu.

Apa yang paling memberi kesan apabila sebuah status yang dikongsi di akaun berkenaan mengatakan kononnya pelakon Surat Panjang Untuk Mak ini ingin bersara daripada industri hiburan.

Izreen yang pernah mendirikan rumah tangga dengan jurukamera, Muhammad Riza pada tahun 2012, menyifatkan perlakuan pihak tidak bertanggungjawab itu sebagai satu penganiayaan besar terhadap dirinya.

izreen azminda tinggalkan dunia hiburan 2

Kredit foto: beautifulnara.com

"Ini penganiayaan besar terhadap saya. Ketika saya berdepan kecaman dan hentaman masyarakat, akaun IG palsu ini diwujudkan bagi mengeruhkan lagi keadaan dengan pelbagai kenyataan yang bukan datang dari mulut saya," katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, ibu kepada Muhamad Adrian Umar ini menegaskan dia hanya mempunyai sebuah akaun Instagram, bagaimanapun telahpun dinyah aktif.

"Saya tidak tahu angkara siapa, tetapi biar Allah SWT yang membalasnya. Selama ini, saya hanya memiliki satu akaun Instagram, tetapi sudah dinyah aktif sejak sebulan lalu," katanya.

Sementara itu, Izreen menepis dakwaan kononnya ingin berundur diri daripada dunia hiburan sebagaimana yang dipaparkan dalam sebuah kiriman daripada akaun palsu berkenaan.

izreen azminda tinggalkan dunia hiburan 3

Kredit foto: beautifulnara.com

"Mana mungkin saya meninggalkan kerjaya seni kerana ini mata pencarian utama saya. Alhamdulillah, saya masih menerima tawaran berlakon dan ketika ini, saya sibuk dengan penggambaran drama.

"Saya percaya, semua ini cubaan untuk menutup periuk nasi saya, tetapi tidak mengapa. Biarlah kerana Allah ada," katanya.

Buat sementara ini, Izreen masih dengan pendiriannya untuk menutup sekaligus menghentikan sebarang aktiviti di laman sosial itu bagi mengelakkan daripada terus menjadi 'bahan' kontroversi.

"Saya akan aktifkan semula akaun IG itu pada masa yang saya rasakan sesuai nanti. Buat masa ini, saya selesa memilih untuk menutupnya," katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)