Oleh pada 15 Mar 2018 kategori

Kredit foto: BH Online

Izreen Azminda meminta netizen agar berhenti mengecam aktres Rita Rudaini kerana isu perkahwinannya tidak ada kena-mengena dengan sahabat baiknya itu.

Izreen menyedari netizen menjadikan laman Instagram Rita sebagai sasaran untuk melayangkan komen berbaur negatif sejurus akaun Instagram peribadinya ditutup.

“Tidak dinafikan sejak saya menutup ruangan komen dan kemudiannya akaun Instagram, netizen beralih kepada Instagram Rita. Disebabkan mereka tidak dapat menghentam saya, Rita pula jadi mangsa," katanya menurut laporan sebuah akhbar.

Jujurnya, Izreen berkata, dia tidak mampu menghalang tindakan netizen yang masih berang dengan kontroversi yang ditimbulkannya. 

"Apapun, perkara ini berlaku di luar kawalan saya," katanya.

Izreen yang mencetus sensasi selepas mendirikan rumah tangga dengan pemuzik bebas yang juga suami orang, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, pada 8 Ogos lalu turut berkata, dia berharap masyarakat tidak membabitkan Rita dalam isu berkenaan.

"Cuma, apa boleh dikatakan sekarang, berhentilah mengganggu ketenteraman Rita, baik di kalangan peminat saya atau 'haters',” ujarnya.

Sementara itu, pelakon Misiku Sado ini menegaskan bukan niatnya mahu melarikan diri apabila menutup akaun laman sosial itu, sebaliknya ingin menyelesaikan kemelut yang dihadapi.

“Buat masa sekarang, saya ingin semuanya reda dan tenang dahulu. Bagi yang terus memberikan sokongan kepada saya, terima kasih diucapkan," kata Izreen.

Dalam perkembangan lain, Izreen mendedahkan aktiviti seninya masih berjalan seperti biasa.




Hakcipta iluminasi.com (2017)