Pasti ramai di antara pembaca iluminasi.com yang meminati muzik K-Pop atau K-Drama yang kini semakin menular di Malaysia, kan?

Dan antara sebab utama sudah pastinya wajah-wajah selebriti Korea Selatan yang tersangat jelita dan tampan, dilengkapi dengan kulit mulus dan tubuh yang sempurna.

Akan tetapi, ramai juga menyedari bahawa kebanyakan daripada kesempurnaan yang dipaparkan mereka ini sebenarnya palsu. Lebih tepat, plastik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam tempoh sedekad yang lalu, Seoul telah mendapat reputasi sebagai "Beauty Belt of South Korea", destinasi ideal untuk pembedahan plastik bertaraf dunia.

Tarikan utama oleh Beauty Belt ini disebabkan oleh pengkhususannya dalam membentuk badan orang Asia dan hakikat bahawa pembedahan di negara ini lebih murah berbanding di negara-negara seperti Australia, Singapura dan Amerika Syarikat.

harga kos pembedahan plastik di korea selatan

Pembedahan plastik yang lebih murah ini bukan sahaja mampu dilakukan oleh mereka yang berada atau golongan selebriti sahaja, malah dilakukan oleh kebanyakan warga Korea Selatan.

Antaranya termasuklah para ibu yang membiayai pembedahan kelopak mata untuk anak gadis mereka sebagai hadiah graduasi sekolah menengah.

Terdapat lebih daripada 500 buah klinik pembedahan plastik yang boleh ditemui di jalan-jalan mewah di Gangnam yang menawarkan pelbagai pilihan.

Dan sudah tentu, ramai di antara kita tertanya-tanya akan sesuatu. Soalan yang paling popular berkenaan perkara ini adalah:

"Berapakah kos sesuatu pembedahan plastik"?

Untuk memudahkan anda, iluminasi.com sertakan dan kongsikan kos purata bagi beberapa prosedur paling popular yang ditawarkan oleh klinik pembedahan plastik di Korea Selatan.

Senarai harga ini telah diteliti, dibandingkan dan dikumpulkan daripada klinik-klinik utama di Seoul.

Jenis pembedahanHarga minimum (mudah)Harga maksimum (rumit)
Pembedahan kelopak mataRM8,360RM16,700
Pembedahan hidungRM16,700RM25,000
Terapi kulit laser premiumRM16,700RM37,600
Pembedahan wanitaRM16,700RM29,300
Pemindahan rambut RM25,000RM41,800
Menegangkan kulit mukaRM29,300RM50,200
Pembedahan payudaraRM33,400RM50,200
Membuang lemak (Lengan, peha, perut)RM16,700RM29,300
Pembedahan membentuk wajah (Rahang, dagu, pipi)RM20,900RM29,300
Pembedahan membentuk wajah lanjutan (advanced) RM41,800RM125,400
Transformasi seluruh badanRM83,600RM146,300
Transformasi seluruh wajahRM104,500RM230,000

Penjelasan senarai harga pembedahan plastik di Korea Selatan

pembedahan kelopak mata

(Pembedahan kelopak mata)

Semakin banyak permintaan terhadap sesuatu produk dan lebih banyak klinik menawarkan produk tersebut, maka semakin hampir atau serupa harga pembedahan tersebut.

Ini semua disebabkan oleh teori "Persaingan Sempurna". Inilah sebabnya mengapa senarai ini mengandungi harga purata bagi klinik-klinik pembedahan plastik di seluruh Seoul.

Kos akan lebih murah untuk pembedahan yang lebih mudah, iaitu prosedur tunggal seperti pembedahan kelopak mata.

Dan semakin rumit pembedahan itu, pelbagai prosedur mungkin diperlukan dan jumlah kos meningkat seperti pembedahan epicanthoplasty bersama beberapa kombinasi pembedahan mata.

pembedahan plastik di korea selatan 2

(Transformasi seluruh wajah)

pembedahan kontur muka korea selatan 2

(Pembedahan membentuk wajah)

Itulah bagaimana ia boleh bermula dari RM8,360 kepada RM16,700 untuk pembedahan yang sama mengikut tahap kerumitan.

Dan sudah tentu terdapat pembedahan yang lebih kompleks seperti semakan pembedahan kelopak mata yang memerlukan kepakaran lanjut dan datang dengan kos yang lebih tinggi.

Senarai di atas juga menggariskan kos purata dan mengabaikan klinik yang mengecaj prosedur yang sama pada kos yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun, harga yang lebih tinggi tidak semestinya bermaksud kemahiran atau perkhidmatan yang lebih baik.

pembedahan plastik di korea selatan 3

pembedahan kontur muka korea selatan

pembedahan plastik di korea selatan 4

pembedahan plastik di korea selatan

(Transformasi seluruh wajah)

Adalah biasa bagi klinik di Korea untuk mendakwa mereka memiliki kepakaran dalam beberapa jenis pembedahan dan ini dilakukan oleh hampir semua klinik.

Terdapat pelanggan yang tidak berpuas hati dengan hasil pembedahan dan terpaksa melakukan beberapa pembedahan semakan.

Tanpa pengetahuan atau kepakaran dalam industri pembedahan plastik Korea Selatan, adalah menjadi sangat sukar untuk memilih yang terbaik mengikut jenis pembedahan.

Malah mereka yang warga tempatan yang tinggal di Seoul sendiri mengalami masalah ini.

Kos pembedahan plastik di Korea Selatan vs Amerika Syarikat

pembedahan plastik selebriti korea selatan

Satu lagi destinasi popular untuk pembedahan plastik adalah Amerika Syarikat. Namun, mengapa ramai yang memilih Korea Selatan?

Secara purata, kos pembedahan di Amerika Syarikat adalah di antara 30% hingga 50% peratus lebih mahal berbanding di Korea Selatan.

Malah, di Amerika Syarikat, setiap perkara dikenakan bayaran seperti anestesia, yuran hospital, ubat dan pakaian tekanan (pressure garment).

Walau bagaimanapun, jika seseorang ingin menjalani pembedahan kelopak mata di Korea, kosnya termasuk dalam harga pembedahan seperti yang dipaparkan di senarai di atas. 

Pembedahan plastik Korea Selatan vs Thailand

pembedahan plastik thailand

(Pembedahan plastik Thailand)

Terdapat ramai pelanggan dari Singapura yang mengunjungi Seoul bertanyakan sama ada pembedahan di Korea Selatan semurah seperti di Thailand. Dan jawapannya adalah tidak.

Harga alternatif yang lebih murah boleh didapati di luar Gangnam. Namun jika ia masih di Korea Selatan, secara realistiknya harganya tidak akan boleh semurah di Thailand.

Walaupun Thailand menawarkan harga yang lebih rendah namun Korea Selatan menawarkan hasil yang lebih semulajadi yang "dicipta" oleh para doktor terkenal dunia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)