Pembedahan plastik yang boleh dibahagikan kepada pembedahan rekonstruktif dan pembedahan kosmetik sudah menjadi topik yang diperkatakan secara terbuka sejak beberapa dekad yang lalu. Walau apa pun sebabnya, ramai orang hari ini mencari maklumat mengenai prosedur pembedahan plastik malah ada yang berani mengaku melakukannya. 

Walaupun pembedahan plastik sudah menjadi topik yang banyak diperkatakan dan semakin mendapat permintaan, prosedurnya masih agak mahal dan tetap mempunyai risikonya. Kali ini, sekadar untuk perkongsian ilmu semata-mata, pihak Iluminasi ingin kongsikan senarai prosedur pembedahan plastik termahal yang ada pada masa kini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Browplasty: Mengangkat kening

Harga: Antara $1,500 dan $10,500

pembedahan kening

Prosedur pembedahan plastik ini menjadikan pesakit kelihatan lebih muda. Pembedahan ini mengurangkan kerutan dahi dan garis-garis kerut pada kening dan memberi pesakit kelihatan lebih anggun. Pembedahan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang turut melakukan pembedahan muka dan hidung.

Terdapat dua kaedah dikenali sebagai "Classic Lift" dan "Endoscopic Lift". Kedua-dua kaedah ini invasif dan melibatkan pemotongan garis rambut dan mengangkat dahi. Dengan kemunculan Botox, ramai pelanggan kini memilih untuk membuat prosedur yang tidak melibatkan pembedahan melalui pengambilan botox yang disuntik setiap beberapa bulan.

6. Mammoplasty: Mengecilkan payu dara

Harga: Antara $5,475 dan $12,271

pembedahan payu dara

Prosedur mengubah penampilan payudara bukan hanya dilakukan sebagai pembedahan kosmetik. Ramai pesakit dengan payudara besar mencari cara mengecilkan payudara untuk membantu mengurangkan kesakitan fizikal dan psikologi.

Walaupun pengecilan payudara biasanya dilakukan oleh seorang wanita, lelaki dengan ginekomastia (di mana payudara lelaki membesar secara tidak normal) biasanya memilih untuk melakukan prosedur ini. Tidak semuanya memerlukan pembedahan, ada yang hanya melalui proses menyedut lemak yang digelar "liposuction".

5.  Rhinoplasty: Pembedahan hidung

Harga: Antara $2,500 dan $15,000

pembedahan hidung

Rhinoplasty adalah salah satu pembedahan plastik yang paling popular di dunia.  Tidak seperti beberapa pembedahan plastik lain dalam senarai ini, ianya dilakukan dengan alasan kosmetik semata-mata atau sebagai prosedur rekonstruktif berikutan kemalangan atau terdapat kecacatan pada hidung.

Prosedur rekonstruktif ini dapat memperbaiki kecederaan hidung, merawat kecacatan kelahiran, masalah pernafasan dan mengulangi prosedur rhinoplasty yang gagal sebelumnya. Rhinoplasty melibatkan mengubah penampilan hidung, biasanya untuk menjadikannya lebih kecil dan mancung.

4. Platysmaplasty: Pembedahan leher

Harga: Antara $4,000 dan $15,000

pembedahan leher

Platysmaplasty biasanya dilakukan bersama-sama dengan pembedahan pada wajah. Ianya melibatkan proses pembedahan membuang lemak dan kulit yang berlebihan dari sekitar rahang dan memperbaiki penampilan leher. Seperti pembedahan muka,  prosedur ini memberi pesakit penampilan yang lebih muda.

Prosedur Platysmaplasty boleh merangkumi membuang kulit berlebihan, membuang atau mengubah otot leher, menyedut lemak berlebihan, suntikan Botox atau suntikan Kybella untuk menghapuskan lemak berlebihan di bawah dagu.

3. Abdominoplasty: Mengecilkan perut

Harga: Antara $6,000 dan $15,000

pembedahan perut 644

Abdominoplasty adalah prosedur mengecilkan bahagian perut dan satu lagi prosedur pembedahan plastik yang popular dan mahal. Prosedur ini biasanya dilakukan pada pesakit setelah penurunan berat badan, kehamilan atau pembedahan perut yang lain seperti pembedahan bersalin secara caesar.

Abdominoplasty dapat menghilangkan kulit dan lemak yang menggeleber dan berlebihan serta menegangkan otot dinding perut. Selain itu, prosedur ini boleh digabungkan dengan prosedur lain seperti prosedur menyeduk lemak (liposcution). Prosedur ini cepat dan biasanya memakan masa sekitar dua hingga tiga jam.

2. Rhytidectomy: Menegangkan kulit muka

Harga: Antara $6,715 dan $15,415

menegangkan kulit

Walaupun Rhytidectomy adalah beberapa prosedur pembedahan plastik yang paling biasa didengari, kos sebenarnya agak mahal. Bergantung pada jenis prosedur yang perlu dilakukan, ianya menelas kos antara $6,715 - $15,415. Prosedur ini bertujuan "mengangkat" kulit wajah seseorang dengan lebihan kulit yang dikeluarkan, memberikan pesakit penampilan lebih awet muda.

Prosedur ini mengurangkan kulit kendur di pipi dan garis rahang, lipatan kulit yang semakin mendalam dari sisi hidung ke sudut mulut dan kulit kendur dan lemak berlebihan di leher. Walaupun pembedahan ini membuatkan orang kelihatan lebih muda, ia bukan rawatan untuk kedut, kerosakan akibat sinar matahari atau tanda-tanda penuaan yang lain.

1. Membuang lebihan kulit di badan

Harga: Antara $7,000 dan $30,000

membuang lebihan kulit perut

Prosedur ini merupakan pembedahan plastik termahal dengan julat harga antara $7,000 - $30,000. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, prosedur ini menjadi semakin popular kerana permintaan untuk pembedahan penurunan berat badan bariatrik dan bentuk penurunan berat badan yang melampau telah meningkat.

Biasanya setelah penurunan berat badan yang melampau, individu yang sebelumnya gemuk akan mengalami kulit dan lemak yang menggeleber dan berlebihan yang boleh menyebabkan rasa sakit dan ketidakselesaan. 

Kredit:

  1. US National Library of Medicine
  2. Wikipedia
  3. Malaysian Society of Plastic and Reconstructive Surgery
  4. WebMD
  5. Mayo Clinic



Hakcipta iluminasi.com (2017)