Oleh pada 26 Apr 2019 kategori

Secara semulajadi, anda akan menggenggamkan tangan apabila berasa marah dan ia adalah sesuatu yang sangat mudah untuk dilakukan. Tak perlu fikir, hanya genggamkan tangan. Mudah, kan?

Namun, cuba lakukannya sebaik sahaja anda bangun dari tidur yang nyenyak. Kemungkinan besar anda tak mampu lakukannya. Seperti yang dikatakan di atas, ia amat mudah tetapi menjadi sukar selepas bangun tidur.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Mengapa perkara ini berlaku?

Sebenarnya, terdapat beberapa sebab disebalik fenomena tubuh badan yang aneh ini.

(Nota: ini bukanlah sesuatu yang berlaku kepada semua, tak semua orang mengalami kesulitan menggenggam telapak tangan mereka sejurus selepas bangun tidur. Gejala kecil ini mungkin boleh menjadi petanda yang lebih serius yang memerlukan perhatian perubatan.)

Peranan elektrolit dalam pergerakan otot

peranan elektrolit dalam kontraksi otot tubuh badan

Untuk otot untuk melakukan kontraksi, dua bahan asas diperlukan iaitu dorongan saraf (atau isyarat elektrik dari saraf yang berdekatan) dan elektrolit.

Elektrolit adalah mineral yang membawa cas elektrik apabila ia dilarutkan dalam cecair. Elektrolit yang biasa termasuklah kalium, kalsium, natrium dan bikarbonat.

Otot memerlukan kalsium, kalium dan natrium untuk melakukan kontraksi atau menguncuo.

elektrolit dalam badan

Jadi, apabila isyarat saraf dihantar (untuk menguncupkan otot), kalsium memasuki otot yang berkenaan pada tahap selular, menolak kalium keluar.

Walau bagaimanapun, apabila otot perlu berehat, ia hanya memerlukan kalium. Itulah sebabnya kekurangan kalium menyebabkan berlakunya kekejangan otot.

Pengurangan aktiviti otak dan jantung ketika tidur

otak berehat ketika tidur

Apabila anda tidur, tubuh anda akan berehat sepenuhnya dan mula untuk memulihkan diri sendiri.

Gelombang otak anda juga menjadi perlahan, atau dengan kata lain, otak berehat. Kadar denyutan jantung anda juga berkurang.

Secara semulajadi, jantung perlu mengepam darah dengan cepat supaya semua organ penting tubuh anda berfungsi dengan cekap ketika anda bergerak dengan kerap atau anda aktif secara fizikal ketika dalam keadaan sedar.

Walau bagaimanapun, apabila anda sedang tidur nyenyak, anda tidak banyak bergerak.

Tanpa pergerakan fizikal, kadar jantung menurun semasa tidur. Kadar denyutan yang berlaku hanya cukup untuk memastikan aliran darah mengalir ke seluruh badan, tetapi tidak seberapa cekap ketika anda terjaga.

Oleh itu, badan anda akan memutuskan bahagian mana yang lebih memerlukan oksigen dan elektrolit, dan mengurangkan aliran elektrolit ke otot pada anggota badan.

Dan kerana anda sedang tidur, anda tidak menyedari bahawa perkara ini berlaku.

genggam tangan lepas bangun tidur

Walau bagaimanapun, ketika anda bangun, semua sistem akan berjalan sekaligus.

Otak, jantung dan seluruh badan anda mula menyambung semula tugas mereka ketika anda sedar. Namun, hal ini tidak berlaku dengan serta-merta.

Ia mengambil sedikit masa untuk membuatkan elektrolit mengalir melalui ke otot tangan anda semula. Itulah sebabnya anda mungkin tidak dapat menggenggam tangan sebaik sahaja bangun tidur.

susah genggam tangan selepas bangun tidur

Kesan ini lebih jelas jika anda tidak bangun secara semula jadi.

Jika anda bangun dari tidur oleh kerana tindak balas kecemasan seperti kebakaran atau terkejut, dinamik hal ini berubah.

Dalam kes ini, badan anda mengeluarkan adrenalin dan anda memperoleh semua kekuatan yang anda perlukan untuk menangani masalah dengan cepat.

Petanda masalah kesihatan

Ramai orang mengalami sensasi aneh ini kerana sebaik sahaja bangun tidur dan ia merupakan sesuaut yang semulajadi untuk dialami.

Walau bagaimanapun, jika ia berlaku secara tiba-tiba atau bertambah buruk dari masa ke masa, ia mungkin petanda kepada masalah kesihatan lain seperti rheumatoid arthritis atau sindrom Lambert Eaton.

Dengan kata lain, jika anda tidak pernah mengalami tangan lemah seperti ini sebelum ini dan anda tiba-tiba ia berlaku, adalah dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor dengan segera.

Rujukan:

1. Hardvard University [1] [2]

2. University of North Texas

3. Oregon State University




Hakcipta iluminasi.com (2017)