Oleh pada 10 Apr 2017 kategori

Bagaimana anda masuk tidur?

Masuk ke bilik, lompat ke katil terus lena atau anda jenis pasang lagu romantik sambil lena didodoi muzik sentimental? Mungkin juga anda macam saya, buat-buat tengok filem tapi belum keluar nama pengarah di awal filem, dah terlelap.

Walau apa pun cara anda masuk tidur, apa salahnya kita belajar serba sedikit bagaimana Rasulullah saw. mengajar kita tentang adab masuk tidur. Ye lah, tidur ni sebenarnya seumpama kita mati. Jadi, seeloknya kalau betul nak mati, biarlah kita mati dalam keadaan yang baik dan bersih, tak ke bagus?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini adalah cara Rasulullah saw. anjurkan sebagai adab masuk tidur kita hari-hari;

1. Tidurlah dalam keadaan berwuduk

iluminasi tidur rasulullah islam lena wuduk2

Ingat solat sahaja nak kena berwuduk? Tidur pun sama. Yang penting, wuduk itu bukannya sekadar membersihkan rohani kita, ia juga membersihkan kita secara fizikal di mana apabila kita berwuduk, kita membersihkan anggota badan kita, membuatkan kita akan tidur dalam keadaan bersih.

2. Berdoa sebelum tidur

iluminasi tidur rasulullah islam lena wuduk3

Tak salah jika kita hanya membaca 'Bismillahirrahmanirrahim' sebelum tidur. Itu pun sudah cukup. Walaupun begitu, lebih baik kita menyebutkan doanya yang bermaksud "Dengan nama-Mu ya Allah aku mati dan hidup" (ingat, tidur itu seolah mati). Nak lagi cantik, bacakan ayat Kursi untuk menjauhkan kita dari gangguan.

3. Membaca Surah

iluminasi tidur rasulullah islam lena wuduk4

Ada 3 surah yang dibaca oleh Rasulullah saw. sebelum tidur ke tapak tangannya seperti berdoa iaitu Surah al-Ikhlas, al-Falaaq dan an-Naas. Selepas selesai membaca, Rasulullah saw. akan menyapu bahagian belakang kepala, muka dan bahagian depan badan sebanyak 3 kali.

4. Tidur awal, bangun awal

iluminasi tidur rasulullah islam lena wuduk5

Rasulullah saw. menganjurkan kita supaya tidur awal, selepas waktu Isyak dan melarang kita tidur sebelum Isyak.Tujuan tidur awal adalah untuk memudahkan beliau bangun awal pada pagi keesokannya.

5. Usah tidur terlentang muka ke tilam

iluminasi tidur rasulullah islam lena wuduk6

Rasulullah saw. melarang kita dari tidur dalam keadaan terlentang muka ke tilam. Menurut kajian sains sendiri, tidur dalam keadaan tersebut merupakan salah satu cara tidur yang akan menyekat salur pernafasan kita dan menguatkan lagi dengkuran berlaku.

6. Berpaling ke kanan sementara tangan kanan diletak dimuka

iluminasi tidur rasulullah islam lena wuduk7

Diberitahu Rasulullah saw. menganjurkan supaya umatnya berbaring di sisi badan mengadap ke arah kanan, lalu tangan diletakkan seperti bantal menahan pipi kanan.


Apabila semuanya sudah lengkap dan lampu pun sudah dipadamkan atau berada di tahap sesuai, pejamkan mata dan layari tidur yang enak. Kami doakan agar anda dapat menikmati tidur malam yang selesa setiap malam.

Selamat mencuba.




Hakcipta iluminasi.com (2017)