Oleh pada 22 Feb 2017 kategori

비정상회담 (Abnormal Summit @ Non-Summit) merupakan sebuah program tv di Korea Selatan yang menggunakan konsep forum di mana mereka menjemput wakil dari pelbagai negara sebagai ahli panel. Panel ini akan membincangkan pelbagai isu terkini menurut pandangan dan pemerhatian masing-masing.

Sekitar bulan April 2016, seorang lelaki Melayu yang berasal dari Kelantan telah dipanggil sebagai tetamu untuk memperkenalkan Malaysia dan membincangkan tentang budaya, agama dan adat resam dari negara ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

khalid lelaki melayu pertama muncul dalam rancangan korea

Muhamad Khalid yang telah menetap selama 9 tahun di Korea berbicara tentang budaya, makanan, kemajuan dan sambutan perayaan di Malaysia dalam bahasa Korea dengan fasih dan lancar. Beliau juga kelihatan amat mahir bercakap tentang pelbagai topik termasuklah berkenaan negeri Sabah (walaupun beliau sendiri belum pernah sampai ke negeri di bawah bayu itu.)

Ahli-ahli panel yang lain kelihatan amat mengkagumi penceritaan Khalid. Dua orang daripada ahli panel itu juga pernah datang ke Malaysia dan menyokong sebulat suara dengan apa yang Khalid sampaikan. Bagi mereka, Malaysia sememangnya merupakan sebuah negara yang cantik, moden tetapi masih penuh dengan tradisi.

Dalam episod ke-95 yang bertemakan "Gaya Hidup Minimalis" itu, Khalid juga telah membawa satu periuk berisi mi segera perisa kari putih Pulau Pinang untuk diberikan kepada semua ahli panel. Ternyata semua ahli panel amat menggemari kari Malaysia kerana habis licin mangkuk mi itu dijamah! Hos rancangan siap hirup lagi periuk.

Tonton video penuh episod itu di sini:

Kemudian, pada awal tahun ini juga, Khalid sekali lagi telah dijemput untuk menyertai ahli panel program yang sama membincangkan tentang isu global bagi tahun 2017. Walaupun sekejap sahaja penampilan Khalid kali ini, namun beliau sempat mengulas sedikit tentang ekonomi di Malaysia selepas pelantikan Donald Trump sebagai President Amerika dan juga tentang sukan bola sepak di tanah air.

Semoga lebih ramai duta kecil seperti Khalid yang mewakili negara kita mempromosikan Malaysia ke seluruh dunia!




Hakcipta iluminasi.com (2017)