Oleh pada 25 May 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Polis Evo 3 merupakan sebuah filem aksi komedi Malaysia 2023, siri ketiga selepas kejayaan Polis Evo dan Polis Evo 2 yang mengaut kutipan masing-masing sebanyak RM18 juta dan RM23 juta. Filem ini mengembalikan gandingan pelakon hebat, Shaheizy Sam dan Zizan Razak sebagai tonggak utama, dan turut disertai oleh Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Nora Danish, Eyka Farhana dan Fauzi Nawawi.

     

polis evo 206

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Sinopsis

Polis Evo 3 menyaksikan kembalinya Inspektor Khai dan Inspektor Sani dengan misi terbaru, dan kali ini mereka didampingi oleh Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang memiliki kepakaran yang berbeza.

Reza, seorang bekas anggota polis, muncul dan menyebabkan kekacauan. Inspektor Khai, yang dulunya adalah sahabat karib Reza, ditugaskan untuk menangkap dan mengendalikan misi ini.

Reza menghantui Inspektor Khai dengan dendam lamanya dan mengancam keselamatan orang awam melalui pengeboman misteri.

Letupan di Pulau Pinang telah meragut nyawa ratusan orang tak berdosa, termasuk seorang pegawai polis. Inspektor Sani dan Khai ditugaskan untuk menyelidik dan mencari pelaku di sebalik kejadian tragik tersebut.

Setelah disiasat, mereka menemui petunjuk yang membawa terus ke sasaran berikutnya penjenayah, iaitu Inspektor Khai sendiri!

Kedua pegawai yang tak terpisahkan ini terpaksa melawan arus masa ketika mereka menyedari suspek yang mereka kejar menyimpan rahsia yang dapat mengancam hubungan mereka selamanya.

Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani dipertaruhkan saat mereka mengetahui bahawa suspek yang mereka buru memiliki kaitan dengan masa lalu Inspektor Khai.

     

kutipan polis evo 3

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

    

Pelakon / Cast

Trilogi filem aksi terlaris ini lengkap dengan duo blockbuster yang kembali bergabung sebagai teraju utama, dengan Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai.

Selain itu, barisan pelakon lain yang turut berperanan juga memiliki reputasi masing-masing dalam industri seni Malaysia, seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana.

Polis Evo 3 juga menyaksikan penampilan istimewa dari selebriti yang telah dikenali dalam bidang seni, seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Juga, Dato' Afdlin Shauki membuat penampilan istimewa yang pasti mencuit hati penonton.

    

Watak Pelakon

Shaheizy Sam sebagai Khairul / Inspektor Khai

Zizan Razak sebagai Hassani / Inspektor Sani

Sharnaaz Ahmad sebagai Reza

Nora Danish sebagai Anis

Syafiq Kyle sebagai Inspektor Dani

Eyka Farhana sebagai Yati

Fauzi Nawawi sebagai ACP Farouk

Farali Khan sebagai Inspektor Julie

Douglas Lim sebagai Inspektor Dell

Fezrul Khan sebagai Inspektor Faizal

Kamaliah Mat Dom sebagai Ibu Sani

Fadilah Mansor sebagai Ibu Khai

Michael Ang sebagai Chao

      

pengarah polis evo 3

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

     

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Siri ketiga filem ini menampilkan pengarah berkaliber, Syafiq Yusof, yang mengambil alih kerusi pengarahan daripada Ghaz Abu Bakar, pengarah filem pertama, serta Joel Soh dan Andre Chiew yang mengarahkan filem kedua. Untuk pertama kalinya, filem Polis Evo melibatkan tiga penerbit terkemuka Malaysia, iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures, dengan produksi oleh syarikat BlackFlag. Skrip filem ini dikarang oleh penulis Joel Soh, Kyle Goonting, Anwari Asraf, Bernice Low dan Abhilash Chandra.

     

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri - AYUH | Official Music Video | OST Polis Evo 3

     

Tajuk: Ayuh

Penyanyi: Malique, Kmy Kmo, Aman RA & Ernie Zakri

Komposer: Malique & Tripdisz

Penulis lirik: Kmy Kmo, Aman RA & Malique

      

pelakon polis evo 3

Kredit foto: Instagram Astro Shaw Sdn Bhd

      

Tarikh Tayangan

Filem Polis Evo 3 akan dibawa ke skrin 165 buah pawagam di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 25 Mei 2023.

      

Trivia

1. Filem ini mempunyai durasi tayangan selama 113 minit (1 jam 53 minit).

2. Penerbitan melibatkan kos pembikinan sebanyak RM6 juta.

3. Kolaborasi dengan jenama-jenama PUBG Mobile dan penghasilan video pendek bersama Sofyank, seorang pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa, telah dijalankan sebagai strategi promosi yang kreatif untuk memperkenalkan filem ini kepada khalayak.

     

Kutipan

Tayangan awal (sneak preview) - RM 1.3 juta

Tayangan awal dan hari pertama - RM3.4 juta

Tayangan awal dan 4 hari tayangan - RM16 juta

Tayangan awal dan 7 hari tayangan - RM25 juta

Tayangan awal dan 9 hari tayangan - RM30 juta

Tayangan awal dan 12 hari tayangan - RM41.3 juta

Tayangan awal dan 16 hari tayangan - RM45 juta

Tayangan awal dan 24 hari tayangan - RM50 juta

Tayangan awal dan 32 hari tayangan - RM52 juta

Tayangan awal dan 56 hari tayangan - RM54 juta

            

Kredit video: TAYANGAN PERDANA POLIS EVO 3 MOVIE

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)