Oleh pada 09 Feb 2023 kategori

Kredit foto: Instagram Skop Productions

   

Susulan pemulihan industri filem tempatan, dengan sambutan yang luar biasa dari penonton yang mengangkat karya-karya tempatan seiring dengan filem antarabangsa dalam soal jumlah kutipan pawagam, satu lagi naskhah baharu bakal dibawakan kepada peminat filem.

Kali ini, genre seram yang diarahkan oleh Dain Said akan bertemu dengan penonton di layar perak.

Filem yang berjudul "Harum Malam" ini bakal menyoroti pergelutan seorang remaja yang memiliki kemampuan untuk melihat makhluk ghaib yang terlindung daripada mata kasar manusia.

Dengan lakonan hebat dari Idan Aedan, Bront Palarae, dan Remy Ishak, ia akan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Apparat di pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Februari 2023.

    

harum malam review

Kredit foto: Instagram Harum Malam

Sinopsis

Harum Malam berpusat pada watak Iqbal (Idan Aedan), seorang remaja pengamal perubatan tradisional yang memiliki hijab terbuka yang membolehkan dia melihat perkara ghaib dan mistik.

Kurniaannya menarik makhluk halus dari dunia mistik ke mata pandangan kasarnya, sehingga sukar baginya untuk membezakan antara dunia realiti dan ghaib.

Akibat kematian ibunya, Iqbal cuba untuk melupakan kebolehannya sehingga suatu peristiwa membuat rakan dan keluarganya terperangkap oleh makhluk ghaib yang sangat berbahaya, memaksanya berdepan dengan kebolehan yang dipunyai.

harum malam filem

Kredit foto: Instagram Harum Malam

Pelakon

Barisan pelakon yang membawakan watak dalam filem ini terdiri dari sekumpulan nama yang rata-ratanya sangat dikenali dalam industri perfileman, termasuk Idan Aedan, Bront Palarae, Remy Ishak, Nadiya Nissa, Nabila Huda, Faizal Hussein, Joey Daud, Arnie Shasha, Amanda Ang, Danish Hakim, Airil Azimi, Angelica Petra dan Pearlly Chua.

Watak Pelakon

Idan Aedan sebagai Iqbal

Bront Palarae sebagai Norman

Remy Ishak sebagai Jamil

Nadiya Nissa sebagai Dina

Nabila Huda sebagai Zehan

Faizal Hussein sebagai Kiai Hassan

Joey Daud sebagai Rahim

Arnie Shasha sebagai Ah Boy

Amanda Ang sebagai Anna

Danish Hakim sebagai Ali

Airil Azimi sebagai Bob

harum malam 2023

Kredit foto: Instagram Harum Malam

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Filem Harum Malam menerima garapan sentuhan pengarah Dain Said dan diterbitkan oleh syarikat produksi tempatan, Apparat, dengan kerjasama daripada Skop Productions dan D'Ayu Pictures.

   

sinopsis harum malam

Kredit foto: Instagram Harum Malam

Tarikh Tayangan

Bagi para pencinta dan penggemar filem, filem Harum Malam yang mengungkapkan kisah seram ini akan hadir untuk tayangan di seluruh pawagam Malaysia mulai 9 Februari 2023.

Kredit video: "HARUM MALAM" Di Sebalik Tabir | Full Movie Trailer "BLOOD FLOWER" The Making Of




Hakcipta iluminasi.com (2017)