Oleh pada 29 Dec 2020 kategori

    

Kredit foto: Instagram BamBam Studios

   

'Tercipta Satu Ikatan' merupakan sebuah drama bersiri televisyen Malaysia 2020 arahan sutradara Pali Yahya.

Menggandingkan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha, drama adaptasi novel nukilan Laydee Amarfi ini menemui penonton slot Megadrama, Astro Ria mulai 29 Disember 2020 bagi menggantikan siri Biar Mereka Cemburu.

   

tercipta satu ikatan sinopsis

Kredit foto: Instagram BamBam Studios

   

Sinopsis

Leanna (Hannah Delisha) bersetuju mengahwini Daniyal (Aeril Zafrel) namun bukanlah sekadar atas kehendak bapanya, malah di hatinya juga menyimpan rasa cinta terhadap lelaki itu.

Walaupun Daniyal bersikap dingin sebagai suami, namun Leanna masih berusaha menjadi isteri yang terbaik buatnya.

Kehidupan rumah tangga yang dilalui mereka cukup bahagia, sehinggalah satu pesanan ringkas muncul, membuatkan hati Leanna hancur luluh.

Meskipun Daniyal tetap meyakinkan Leanna dengan ungkapan kata-kata cinta, namun Leanna sudah tawar hati, lalu melangkah pergi meninggalkan kediaman mereka.

Konflik bertambah rumit apabila Risa (Sophia Barakbah) hadir menuntut janji pada Daniyal, sekaligus mengingatkan Daniyal tentang tujuan sebenar dia menikahi Leanna.

   

novel tercipta satu ikatan

Kredit foto: Instagram BamBam Studios

   

Pelakon

Gandingan Aeril Zafrel dan Hannah Delisha.

Turut dibantu Nadhir Nasar, Sophia Barakbah, Saharul Ridzwan, Nadiyah Shahab, Izzue Islam, Nada Syuhada, Fazira Shafinaz, Farah Wahida, Syed Irfan, Aqil Nahar, Damia Qaissarah, Mia Deen, Esma Daniel, Hairi Ghani dan Fyda.

   

Baca: Biodata Aeril Zafrel

Baca: Biodata Hannah Delisha

Baca: Biodata Nadhir Nasar

Baca: Biodata Saharul Ridzwan

Baca: Biodata Nadiyah Shahab

Baca: Biodata Izzue Islam

   

drama tercipta satu ikatan

Kredit foto: Instagram BamBam Studios

   

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sentuhan pengarah Pali Yahya hasil kerja produksi Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

   

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Adira Suhaimi - Kesempatan Bagimu | Muzik Video Rasmi (OST Tercipta Satu Ikatan)

   

Tajuk: Kesempatan Bagimu

Penyanyi: Adira

Komposer: Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Penulis lirik: Ikhwan Fatanna & Arisz Ab Rahman

   

tercipta satu ikatan episod

Kredit foto: Instagram Esma Daniel

   

Waktu Siaran

Tayangan Slot MegaDrama, Astro Ria dari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, mulai 29 Disember 2020 untuk siaran selama 20 episod.

   

Kredit video: Tercipta Satu Ikatan (Tayangan Perdana) Episod 1

    

Sumber:

1. Instagram BamBam Studios

2. Novel Tercipta Satu Ikatan

3. Suhan Movies & Trading

   




Hakcipta iluminasi.com (2017)