Oleh pada 19 Dec 2022 kategori

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Plot kisah menarik yang realitinya berlaku dalam kehidupan berumah tangga menjadi latar untuk drama terbaharu, Cina Buta bersiaran mulai 19 Disember 2022, jam 10 malam untuk mengisi slot Megadrama di Astro Ria.

Membintanginya ialah barisan pelakon terkenal dan berpengalaman tanah air seperti Nad Zainal, Ungku Ismail Aziz, Aliff Aziz, Puteri Aishah dan Azhan Rani.

cina buta drama

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Sinopsis

Cina Buta bermaksud perkahwinan yang sengaja diatur untuk mendapatkan kembali bekas isteri selepas bercerai talak tiga.

Drama ini mengisahkan tentang liku-liku kehidupan berumahtangga yang disertakan dengan pengajaran tentang hukum-hukum perkahwinan ini.

PLOT - Berusia 30-an, pasangan suami isteri Sharnaz (Ungku Ismail Aziz) dan Mia Sara (Nad Zainal) yang sudah lima tahun berkahwin, sering bergaduh, namun kini tidak dapat berbaik semula selepas bercerai buat kali ketiga.

Sharnaz tewas dengan egonya dan mahu menerima Mia Sara sebagai isteri semula menerusi 'Cina Buta' kerana masih menyayanginya dan cemburu melihatnya menjalinkan hubungan dengan lelaki lain.

Apabila Mia Sara menentang rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama, Sharnaz mengupah Alif (Aliff Aziz) sebagai 'Cina Buta' untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia boleh mendapatkannya kembali.

Ketika Aliff ingin membantu Sharnaz kembali dengan bekas isterinya, dia jatuh cinta dengan Mia Sara.

   

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akim & Mira - Kisah Cinta 1999 (Astro Ria & Gempak)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Yang Ku Jadikan Suami (Slot Megadrama Astro Ria)

Baca: Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Roti Cicah Susu (Astro Ria)

   

cina buta episod

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pelakon / Cast

Dibarisi pelakon berpengalaman terkenal, drama Cina Buta menyaksikan gandingan trio Ungku Ismail Aziz, Nad Zainal dan Aliff Aziz buat julung kalinya menjadi teraju dalam sebuah siri TV.

Penonton juga dapat melihat telatah-telatah menarik daripada watak lakonan Puteri Aishah, Azhan Rani, Aman Aziz, Norreen Iman, Didie Alias, Anas Ridzuan dan Shamsul Ghau Ghau.

Watak Pelakon

Nad Zainal sebagai Mia Sara

Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz

Aliff Aziz sebagai Aliff

Puteri Aishah sebagai Habibah

Azhan Rani sebagai Tan Sri

Norreen Iman sebagai Norreen

Aman Aziz sebagai Umar

Didie Alias sebagai Datin Sri

Anas Ridzuan sebagai Ajis

Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik

maksud cina buta

Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Pengarah Dan Syarikat Produksi

Sebuah dramedy terbitan Radius One Sdn Bhd oleh Shahrulezad Mohameddin, juga dikenali dengan nama Budak Ijat, sebagai penerbit, penulis skrip dan pengarah.

Lagu Tema (OST)

Kredit video: Paripurna

Tajuk: Paripurna

Penyanyi: Amylea

Komposer: Amylea

Penulis lirik: Amylea

sinopsis cina buta

Episod 1 Cina Buta (naskhah bukan adaptasi novel) menemui penonton pada 19 Disember 2022 bagi menggantikan Dia Yang Ku Jadikan Suami. Kredit foto: Instagram Bambam Studios

Waktu Siaran

Untuk info, Cina Buta akan mula ditayangkan pada 19 Disember 2022 menerusi Astro Ria (saluran 104) setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam.

Drama slot MegaDrama 18 episod ini juga boleh distrim dalam talian (online) menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Kredit video: [EPISOD PENUH] CINA BUTA Episode 1




Hakcipta iluminasi.com (2017)